Translate

Friday 3 June 2016

JURNAL
8 Mei 2016


         Hari ini merupakan hari Ahad .Saya bangun pada pukul 9.30 pagi. Setelah saya bangun , saya  terus menggosok gigi dan mandi . Kemudian, pada pukul  10.00 pagi saya pergi ke dewan makan untuk  menikmati sarapan yang disediakan. Kemudian saya mensterika pakaian yang saya hendak pakai pada hari ini . Kemudian , saya mengemas katil dan mengemas almari pakaian  supaya pakaian lebih teratur.

       Pada pukul 12.30 tengah hari saya makan tengah hari bersama kawan saya . Selepas makan saya  terus menuju ke bilik saya pada pukul 1.00 tengah hari . Saya mula membuat kerja rumah yang diberi oleh instruktor . Kemudian , saya berehat seketika dan bersiap sedia untuk beriadah . Saya ke dewan serbaguna  untuk bermain badminton . Selepas penat bermain badminton dengan kawan - kawan saya ke dewan makan untuk bermakan malam .

     Pada pukul 6.45  petang ayah saya datang memberi pakaian dan beberapa barangan . Saya  berterima kasih keada ayah lalu menaiki tangga menuju ke bilik . Selepas mandi jam menunjukan 7.45 petang . Saya  tergesa-gesa ke kelas prep .

    Di waktu prep , saya membuat ulang kaji tentang  subjek  kimia , dan biologi. Pada pukul 10.00 malam saya  ke blok asrama kerana ada rollcall. Rollcall tamat pada pukul 11.00 malam. Kemudian saya ke bilik mengemas barang lalu tidur .

No comments:

Post a Comment