Translate

Thursday 9 June 2016

JURNAL
3 Jun 2016

      Hari ini merupakan hari Jumaat. Saya bangun pada pukul 8.00 pagi. Saya mengemas katil dan terus mandi. Ibu menyediakan makanan tradisional untuk sarapan iaitu vadei dan tosei bersama kari dhal. Selepas menjamu sarapan saya terus ke bilik saya untuk membaca buku sains yang menerangkan sebab dan akibat bagi beberapa kejadian semulajadi.

     Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah hari . Saya menjamu selera makanan yang disediakan. Kemudian saya ke bilik dan bersambung membaca buku . Pada pukul 4.30 petang saya berbasikal bersama abang saya. Setelah itu, saya mandi dan bersembahyang.

Saya bermakan malam bersama keluarga dan berbual - bual. Pada pukul 9.00 malam saya menonton rancangan sains di televisyen. Setelah itu , saya mengucap selamat malam lalu ke bilik dan tidur.

No comments:

Post a Comment