Translate

Sunday 12 June 2016

JURNAL
12 JUN 2016

           Cuti sekolah hampir tamat. Hari ini saya perlu ke Kolej semula untuk sambung belajar. Selepas melakukan rutin harian, saya bersarapan pagi bersama keluarga. Ayah memuatkan semua barang yang perlu dibawa ke dalam kereta. Setelah mengucapkan selamat tinggal dan bersalaman dengan keluarga, saya dan ayah saya bertolak dari rumah pada pukul 9.00 pagi.

         Saya sampai di Pusat Permatapintar pada pukul 10.10 pagi. Saya mengambil kunci dan ke bilik.  Saya meletakkan kesemua barang saya dan menyusunnya . Saya mendapat bilik yang lain kali ini. Saya juga mendapat rakan sebilik yang baru. Setelah menyusun semua barang dengan kemas, saya berehat sebentar. Pada pukul 4.00 saya tidur dan bangun pada pukul 6.00 petang. Saya ke dewan makan untuk makan malam. Selepas mandi dan mula membaca buku. Pada pukul 9.50 malam saya ke dewan serbaguna untuk menghadiri rollcall.

         Pada pukul 10.40 saya ke bilik dan bersambung membuat kerja saya. Pada 12.00 malam saya menutup lampu dan tidur.

No comments:

Post a Comment