Translate

Thursday 9 June 2016

JURNAL
14 Mei 2016
     
         Hari ini merupakan hari yang indah . Saya bangun pada pukul 7.30 pagi . Saya terus membuka tingkap . Saya dapat melihat sinar cahaya matahari ,burung berterbangan dan pokok- pokok yang hijau. Kemudian, saya mengemas katil dan mandi . Selepas itu saya  ke dewan makan untuk bersarapan . Saya mengemas  meja dan meletakkan buku - buku di rak . Saya juga membuat ulang kaji untuk  Peperiksaan Bahasa antarabangsa iaitu Bahasa Perancis  dan  Bahasa Moral.

        Tepat pada pukul 12.30 tengah hari saya terus ke dewan makan untuk makan tengah hari. Selepas setengah jam saya ke bilik saya dan bersambung membuat ulang kaji . Setelah berasa penat saya mengambil keputusan untuk tidur selama sejam. Selepas sejam , saya ke padang untuk beriadah. Kemudian saya ke dewan makan untuk bermakan malam bersama kawan.

      Seterusnya, saya ke bilik saya dan bersambung membuat ulang kaji bagi peperiksaan yang bakal tiba . Waktu prep bagi hari ini tidak diwajibkan. Jadi, saya hanya  membuat ulang kaji di bilik . Pada pukul 11.30 malam saya menutup lampu dan tidur.

No comments:

Post a Comment