Translate

Thursday 9 June 2016

JURNAL
25 Mei 2016

       Hari ini merupakan hari yang menarik  kerana hari ini adalah sambutan hari guru peringkat kolej.  Saya bangun pada pukul 7.00 pagi . Saya memakai pakaian dan  ke dewan serbanguna kerana majlis menyapaian sijil diadakan. Saya mendapat tempat keempat dalam permainan catur .

      Kami dibenarkan balik pada pukul 12.30 . Saya tidak berasa lapar jadi saya terus ke bilik dan meyalin pakaian yang berwarna merah dan hitam kerana itu merupakan kod warna bagi majlis sambutan hari guru. Kemudian saya terus ke dewan serbaguna untuk menolong menceriakan  dewan bersama pelajar - pelajar lain. Saya mengikat belon , menyusun meja dan sebagainya .

       Sambutan bermula dengan melontarkan belon ke arah guru . Kemudian ,  pelajar Kolej Permatapintar Negara menyampaikan beberapa  persembahan . Pelajar juga memberi anugerah kepada para istruktor mengikut perwatakkan mereka . Majlis disambung denagan ucapan instrutor . Akhirnya , para instruktor memotong kek dan pelajar memberi hadiah kepada isrtuktor.Pelajar juga diberi makanan dan minuman .Saya hanya sempat memberi hadiah kepada beberapa cikgu.

     Pada pukul 6.00 saya ke bilik dan mula mengemas semua barang kerana bilik perlu dikosongkan. Lebih kurang puku 8.30 malam rollcall diadakan .Di roll call warden menyatakan tentang cara balik ke rumah.Kemudian saya ke bilik dan bersambung mengemas. Pada pukul 11.00 saya berasa penat lalu tidur.

No comments:

Post a Comment