Translate

Thursday 9 June 2016

JURNAL
16 Mei 2016
       
                 Saya bangun awal pada pukul 7.30 pagi . Setelah bangun , saya membuka tingkap dan menghirup udara yang segar. Saya mengemas katil saya lalu membawa tuala dan mandi . Saya terus menyalin pakaian dan ke dewan makan untuk bersarapan. Kemudian saya balik ke bilik dan membuat ulang kaji untuk peperiksaan Bahasa Perancis . Tepat pada pukul 8.25 pagi saya beredar dari bilik dan terus berjalan pantas ke auditorium kerana peperiksaan akan dimulakan tidak lama lagi.
     
       Saya memasuki dewan peperiksaan pada pukul 8.45 pagi dengan alatan tulis . Sebelum bermula menjawab soalan saya berdoa kepada tuhan . Walapun kertas soalan susah saya berusaha untuk menjawabnya dengan betul . Peperiksaan tamat pada pukul 11.00 pagi . Saya berjalan pantas ke bilik dan berehat sebentar . Pada pukul 12.30 saya menuju ke dewan makan untuk makan tengah hari .

       Kemudian saya ke  bilik untuk membuat ulang kaji bagi peperiksaan Pendidikan Moral . Saya membaca nota yang diberi oleh guru . Saya ke auditorium dan menunggu di situ . Saya memasuki dewan peperiksaan pada pukul 1.45 petang . Saya menjawab kesemua soalan dengan yakin . Masa menjawab pun tamat . Saya berjalan pantas ke bilik dan bermula membuat ulang kaji dengan tekun saya membuat ulang kaji untuk peperiksaan Kimia dan Falsafah. Saya membaca buku rujukkan dan nota - nota ringkas yang diberi oleh  istruktor.
 
     Saya juga melayari internet dan membaca informasi terkini . Saya membuat ulang kaji hingga larut malam . Pada pukul 1.00 pagi saya  menutup suis lampu dan tidur .

No comments:

Post a Comment