Translate

Thursday 9 June 2016

JURNAL
15 Mei 2016

        Saya bagun pagi pada pukul  8.30. Saya mengemas katil saya dan ke bilik air untuk mandi .
Kemudian saya makan biskut dan roti sebagai sarapan . Saya terus membuat ulang kaji kerana hari keesokkanya adalah peperiksaan . Jadi saya membuat ulang kaji dengan tekun. Pada pukul 10.30 pagi pula saya ke dewan makan untuk makan kuih dan kembali ke bilik dan bersambung membuat ulang kaji bagi peperiksaan. Pada pukul 12.30 tengah hari saya ke dewan makan untuk makan tengah hari .

   Saya ke bilik dan berehat sekejap dan mula membuat ulang kaji untuk Bahasa Perancis . Untuk peperiksaan Bahasa Perancis saya membaca tatabahasa dan perkataan - perkataan . Bagi ujian Moral saya membaca nilai - nilai murni dan maksudnya . Setelah membaca saya menyalin pakaian dan ke padang untuk bermain . Jam menunjukkan pukul 6.15 saya beredar dari padang dan terus ke dewan makan untuk bermakan malam . Pada pukul 7.00 petang saya ke bilik dan sambung membuat ulang kaji.
   
      Saya juga melayari internet untuk mengulang kaji. Setelah berasa penat saya meletakkan barang saya dengan kemas. Kemudian , saya menutup suis lampu lalu tidur .

No comments:

Post a Comment