Translate

Tuesday 14 June 2016

JURNAL
13 Jun 2016

        Hari ini merupakan hari pertama persekolahan selepas cuti semester . Saya bangun seperti biasa pada pukul 6.30 pagi dan menjalankan rutin saya. Setelah bersiap sedia saya ke dewan serbaguna untuk perhimpunan. Setelah perhimpunan berakhir saya terus menuju ke kelas. Saya mengikuti kelas seperti biasa. Pada pukul 10.00 saya rehat dan balik ke kelas. Kemudian, kelas berakhir pada pukul 12.30 tengah hari . Setelah itu, saya makan tengah hari bersama kawan - kawan saya.

     Saya balik ke bilik dan mengemas katil dan berehat sambil melayari internet. Pada pukul 2.15 petang saya menyalin pakaian dan ke kelas balik. Akhirnya sesi kelas berakhir pada 4.30 petang . Kemudian saya ke bilik dan berehat. Pada pukul 6.15 petang saya ke dewan makan untuk bermakan malam. Setelah itu saya membuat kerja saya . Pada pukul 9.00 saya ke kelas moral . Di situ kami berbincang tentang melawat rumah orang tua.

      Pada pukul 9.30 malam saya ke kelas prep dan balik ke bilik pada pukul 10.30 malam. Saya membuat kerja rumah saya dan tidur pada pukul 1.00 pagi .

No comments:

Post a Comment