Translate

Friday 3 June 2016

JURNAL
6 Mei 2016

       
   Saya mendengar bunyi jam berdering lalu saya bangun dan mengemas katil . Kemudian saya , mandi dan  mensterika pakaian dan memakainya . Saya membuka tirai dan tingkap untuk mendapat udara yang segar. Saya meletakkan buku  rujukan saya di dalam beg lalu memakan sebiji buah epal supaya tidak berasa lapar . Saya memakai kasut dan lari ke deawn serbaguna untuk perhimpunan. Di perhimpunan kami menyanyikan lagu Negaraku.

    Kemudian,  saya mengikuti kelas . Kelas tamat pada pukul 10.00 pagi. Saya  ke dewan makan untuk makan kuih . Selepas itu, saya ke kelas . Selepas dua kelas tamat saya beredar dari kelas untuk  makan tengah hari pada pukul  12.45 tengah hari . Selepas menjamak makanan  saya ke bilik untuk membuat ulang kaji kerana  peperiksaan semakin hampir . Sebelum saya  ulang kaji saya berehat sebentar . Pada pukul 2.00 petang saya mengemas buku-buku saya lalu ke kelas untuk belajar .

       Pada pukul 4.40 saya balik ke bilik saya dan mengumpulkan semua pakaian yang  telah dipakai di dalam bakul . Saya berasa penat oleh itu saya berehat sebentar . Pada pukul 5.30 ayah saya mengunjungi saya dan saya memberi  pakaian yang telah digunakan kepada ayah . Kemudian saya  tidak ke  dewan makan kerana saya makan makanan yang dibawa dari rumah . Selepas itu, saya mengemas meja saya dan  meletakkan  buku- buku  di dalam beg  lalu menuju ke kelas untuk sesi prep .
 
    Saya  membuat kerja rumah dan assigment . Pada pukul 10.00 malam saya mengemas barang dan pergi ke bilik . Pada hari ini saya berasa  terlalu penat jadi saya tidur pada pukul 11.00 malam .
           
         

No comments:

Post a Comment