Translate

Thursday 9 June 2016

JURNAL
31 Mei 2016

  Hari ini merupakan hari Selasa . Saya bangun pada pukul 8.30 pagi . Saya terus mandi dan mengemas katil saya. Saya ke dapur untuk bersarapan. Kemudian saya mula membuat kerja rumah yang diberi oleh guru. Saya juga membuat ulang kaji pelajaran. Pada pukul 10.30 pagi saya makan beberapa kuih - muih.

     Selepas itu, saya bersambung membuat ulang kaji . Pada pukul 12.45 tengah hari saya makan tengah hari bersama ahli keluarga saya. Pada pukul 3.00 petang saya ke PWTC yang terletak di Kuala Lumpur untuk menjemput  ibu yang menyertai Persidangan Antarabangsa Permata. Kemudian  kami ke Sunway Putra Mall  yang berada bertentangan PWTC untuk membeli- belah.
   
    Setelah membeli belah dan berehat kami ke PWTC semula untuk menghantar ibu kerana ibu menghdiri Majlis bermakan malam bersama Datin Seri Rosmah Mansor. Setelah majlis tamat kami pulang ke rumah. Setelah sampai pada pukul 11.30 malam, saya mengemas barang lalu tidur.


                 

               

     

No comments:

Post a Comment