Translate

Thursday 9 June 2016

JURNAL
11 Mei 2016


    Saya bangun lewat pada pukul 9.00 kerana hari ini tiada peperiksaan.Setelah bangun saya mengemas katil dan mandi. Saya terus ke dewan makan untuk makan kuih . Kemudian saya balik ke bilik dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat . Saya mula membuat ulang kaji.Pada pukul 12.30 tengah hari pula saya bersama kawan bermakan tengah hari.

         Saya ke bilik saya dan tidur tidur ayam supaya dapat menghilangkan  rasa penat . Kemudian , saya membuat ulang kaji untuk peperiksaan yang akan datang. Pada pukul 5.30 saya beriadah dengan kawan . Pada pukul 6.30 petang saya  bermakan malam di dewan makan .

      Setelah makan saya ke bilik saya dan menyalin pakaian lalu bersambung membuat ulang kaji untuk peperiksaan . Pada pukul 10.00 malam pula saya ke dewan makan dan membeli makanan . Pada pukul 11.00 menutup lampu dan tidur.



No comments:

Post a Comment