Translate

Friday 28 April 2017

          Laporan Kem Kepimpinan Badan Beruniform


Pada 21 April 2017 Kolej Permata Pintar  yang terdapat di UKM telah melancarkan Kem koko . Ia berlangsung pada 21 hingga 23 April iaitu selama 3  Hari 2 malam . Beberapa guru juga menghadiri kem koko tersebut .Seramai 287 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam kem koko tersebuat. Kem kepimpinan yang dinyatakan kem koko telah dilancarkan berlangsung di sebuah kem kepimpinan di Gombak ,Selangor.Kem tersebut juga dikenali sebagai Kem Seri Raudah.

Pada pukul 3.00 petang semua pelajar telah berkumpul di dewan serbaguna dan meletakkan beg dan barang - barang keperluan. mengikut nombor bas masing masing.Pada masa itu Dr. Rorlinda dan Puan Afifah datang dan memeberi sedikit penerangan dan ucapan . Dr.Rorlinda menyatakan bahawa kami perlu pergi dan membuat semua aktiviti dengan baik dan perlu menjaga kesihatan diri dengan persekitaran baik. Di sungai tersebut juga terdapat penyakit tikus. Dan menyatakan simptom - simptomnya dan menerangkan betapa bahayanya penyakit kencing tikus .

Setelah  menghabiskan ucapanya, pelajar bas satu dan dua menaik bas penuh dengan barang -barang . Bas 3 hingga 10 mula melepaskan Permata Pintar pada 3.30 petang .Keadaan dalam sangat gembira dan selepas setengah jam semua pelajar telah tidur dalam keletihan. Kami sampai di kem Seri Raudah pada pukul 5.15 petang . Para pelajar menurun bas dan memegang beg dengan rasa mengantuk dan menurun tangga . tangga itu amatlah tinggi dan beberapa pelajar susah menurun dengan beg berat. Setelah itu kami disuruh meletakkan beg dan duduk untuk mendengar peraturan dan sedikit ucapan . Peraturanya tidak ke jambatan gantung,berdisiplin,mendengar arahan tidak membuat sesuatu tanpa diberi arahan ,tidur pada waktu sepatutnya dan sebagainya. Pada masa itu kami di ajar cheers.

Selepas itu,pelajar muslim pergi bersolat. Pelajar bukan muslim dikhendaki berkumpul di suatu tempat.Setelah itu kami makan makanan yang disediakan pada malam malam itu pula memulakan semua aktiviti kecil seperti mengagih kumpulan dan mencipta nama dan cheers kumpulan tersendiri. Para pelajar tidur pada pukul 1.30 malam.

    Pada hari keesokkan para pelajar dibawa ke hutan bagi slot junggle treking.Para pelajar menaik dan menurun bukit bakau.Mereka juga merentasi pelabagi halangan seperti sungai dan sebagainya.Setelah sampai di destinasinya iaitu di sungai pelajar diberi peluang untuk mandi sungai. Setelah itu kami pulang ke kem tersebuat dan commender tersebut ingin kan membuat push up dan kami pergi makan . Pada pukul 2.00 petang Dr.Rorlinda dan Puan Afifah membuat pembukaan rasmi.

Kemudian,Kami memasak nasi dan telur dengan arang batu dan tidak menggunkan alat api.Setelah 2 hingga 3 jam kami memberi makanan kumpulan kami para juri .Setelah  kami mandi dan bermakan malam . Pada hari ketiga pula kami bangun pada 5.00 pagi dan bersiap sedia dan makan. Pada 8.00 hingga 10 petang kami membentang tentang kumpulan kami. Keseluruhanya adalah 20 kumpulan . Selepas itu , kami makan tengah hari dan menuggu bas kami.


.....................................
(R.Derisshmen)
Setiausaha Kem koko)




No comments:

Post a Comment