Translate

Monday 17 April 2017

JURNAL
16 APRIL 2017



  Hari ini merupakan hari yang baik . Saya bangun pada pukul 8.00 pagi. Saya mandi dan ke dapur untuk bersarapan. Kemudian saya menonton televisyen. Saya ke bilik dan melukis gambar. Pada pukul 10.00 saya makan beberapa biji kuih. Setelah itu, saya  membaca buku yang menerangkan tentang reptilia dam amfibia. Pada pukul 12.30 tengah hari pula saya makan tengah hari bersama keluarga . Selepas itu , saya teruskan membaca buku. Pada pukul 4.30 petang saya bermain yoyo bersama abang saya .

           Pada pukul 5.30 petang saya pergi ke halaman rumah dan menikmati pemandangan semula jadi. Saya melawat pokok - pokok yang telah ditanam oleh ayah saya. Antaranya ialah, pokok mata kucing, pokok rambuatan , pokok manggis , pokok mangga, pokok duku , pokok nagka , pokok kelapa , pokok jambu air , pokok pisang , pokok jambu batu dan pokok naga. Saya juga berasa tenang hati apabila melihat  pokok - pokok hijau tersebut. Saya juga mengutip buah seperti buah mangga pisang  dan jambu air.

        Kemudian saya berehat dan mandi . Pada pukul 8.00 saya bermakan malam bersama keluarga saya dan berbual bual di ruang tamu . Pada pukul 9.30 malam saya membuat ulang kaji dan tidur .

   

No comments:

Post a Comment