Translate

Friday 14 April 2017

JURNAL
11 APRIL 2017



Saya bangun pada jam 7:30 pagi hari ini. Selepas menggosok gigi dan memakai pakaian, saya ke dewan makan untuk bersarapan. Hari ini sup cendawan telah dihidangkan. Saya bergerak ke dewan serbaguna untuk perhimpunan pagi. Selepas menyanyikan lagu Negaraku dan pengumuman telah diberikan, saya ke kelas prep kerana subjek pertama pada hari itu ialah PAI.

   Selepas itu saya bersama rakan-rakan saya bergerak ke kelas Bahasa Melayu. Hari ini cikgu tidak menghadiri kelas jadi kami pun prep di makmal bahasa. Selepas minum pagi saya bergerak ke kelas Sejarah dan kemudian ke kelas Bahasa Inggeris. Saya dan rakan-rakan saya telah bermain badminton waktu kelas Pendidikan Jasmani.

   Hari ini dewan makan telah menyediakan sup ayam, ikan goreng dan bayam. Saya hanya mengambil ayam kerana bayam dan ikan berbau basi. Selepas makan saya ke bilik rakan untuk menyiapkan kerja rumah bersamanya. Saya mandi pada jam 6:15 petang dan makan malam. Pada pukul 7:15 petang saya ke bilik gerakan pelajar untuk sesi moral dan seterusnya, prep selama 2 jam.

   Selepas ke dewan makan untuk hidangan supper saya membeli makanan ringan di koperasi. Selepas berbual-bual dengan rakan saya terus terbaring atas katil dan tidur.

No comments:

Post a Comment