Translate

Tuesday 4 April 2017

JURNAL
14 JURNAL 2017

Hari ini saya bangun pada pukul 7:00 pagi. Selepas mandi dan menggosok gigi saya bersiap sedia untuk hari persekolahan. Selepas menikmati sarapan pagi di dewan makan saya ke dewan serbaguna untuk perhimpunan pagi.

   Bagi sesi spiritual circle kami ke bilik gerakan pelajar. Kami telah berbincang tentang agama-agama dengan semua orang. Selepas itu, pada pukul 8:40 saya ke kelas Biologi. Kemudian saya ke makmal kimia untuk kelas Kimia. Cikgu telah mengajar subtopik yang baru pada hari ini. Pada pukul 10:00 pagi saya ke dewan makan untuk minum pagi. Selepas kelas Falsafah dan Muzik saya ke dewan makan pada pukul 12:30 tengah hari.

   Selepas makan tengah hari, saya ke bilik rakan untuk berbual dan bermain dengan mereka manakala pelajar muslim telah ke masjid untuk solat Jumaat. Pada pukul 6:20 petang saya telah mandi dan pergi ke dewan makan bersama rakan-rakan.

   Memandangkan malam ini tiada sesi moral ataupun prep rakan-rakan telah berkumpul di bilik saya untuk bermain. Pada waktu lewat malam barulah semua orang balik ke bilik masing-masing. Selepas menggosok gigi dan mencuci muka, saya pun tidur.

No comments:

Post a Comment