Translate

Tuesday 4 April 2017

JURNAL 
10 MAC 2017


        Hari ini merupakan hari Khamis. Saya bangun pada pukul 7.30 pagi. Saya  bergegas ke bilik air untuk mandi. Saya sambung mengemas kesemua barang saya. Setelah itu saya meletakkan beg- beg saya di korridor asrama. Pada pukul 11.00 pagi saya mengosongkan bilik dan mula membersihkanya. Setelah itu, saya memulangkan kunci bilik kepada warden.

      Kemudian, saya berehat di bilik sementara menunggu ayah datang. Pada pukul 12.30 petang saya ke dewan makan untuk makan tengah hari. Setelah itu, saya ke bilik dan berbaring di atas katil. Pada pukul 2.30 petang ayah saya datang untuk menjemput saya. Saya mengambil bagasi dan meletakkanya di dalam but kereta. Kami pun pulang ke rumah.

     Setelah sampai saya meletak barang di rumah dan menyalin pakaian dan bermain dengan abang saya. Pada pukul 7.00 saya bersembahyang dan menonton televisyen selama setengah jam. Kemudian saya menikmati makanan dan terus ke bilik tidur.  
       

No comments:

Post a Comment