Translate

Friday 14 April 2017

JURNAL
12 APRIL 2017

 Saya bangun lambat pada hari ini, saya tidak sempat mandi kerana tergesa-gesa kerana takut lambat untuk perhimpunan pagi. Oleh sebab tergesa-gesa, saya terlupa terlupa membawa buku rujukan Biologi. Nasib baik cikgu tidak menghadiri kelas pada hari ini.

   Selepas kelas Bahasa Inggeris dan Matematik saya ke dewan makan untuk minum pagi. Kemudian saya bergerak ke perpustakaan kerana kelas Sejarah pada hari itu diadakan di situ. Pada pukul 11:10 pagi saya ke kelas Biologi tetapi cikgu tidak hadir jadi dan rakan-rakan saya ke makmal komputer. Kemudian kami pergi ke makmal fizik untuk kelas Fizik bersama doktor Farhah. Selepas makan tengah hari saya berehat di bilik saya sebelum aktiviti kokurikulum dijalankan.

   Badan beruniform BSMM telah membahagikan ahli-ahlinya kepada tiga kumpulan. Selepas mencipta sorakan dan logo kumpulan masing-masing kami keluar untuk menjalankan aktiviti kawad. Selepas perjumpaan badan beruniform berakhir, saya ke kelab Toastmasters. Aktiviti debat diadakan pada perjumpaan tersebut. Selepas aktiviti kokurikulum berakhir saya mandi dan bersiap sedia untuk makan malam.

   Pada pukul 7:15 malam saya dengan semua budak non muslim telah ke bilik gerakan untuk sesi moral dan kemudian ke kelas prep selama 2 jam. Selepas minum malam saya balik ke bilik dan terus tidur.

No comments:

Post a Comment