Translate

Monday 1 May 2017

JURNAL
18 APRIL 2017


Pada 6 April 2017, kumpulan kaunseling Pusat Permatapintar telah mengadakan bengkel kemahiran belajar berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi. Cikgu-cikgu yang bertugas telah menjemput penceramah yang amat terkenal dalam bidang ini untuk memberi ceramah kepada kami. Semua pelajar Pusat permatapintar diwajibkan untuk menyertai bengkel ini supaya dapat menguasai teknik belajar yang lebih berkesan. Bengkel ini mengambil masa selama 7 jam, iaitu dari pukul 8 pagi hingga 5 petang dan diadakan di auditorium permata.

           Encik Ali Akhbar Bin Abdul Razak ialah penceramah yang berpengalaman. Beliau membawa maklumat dan nota yang sangat bermanfaat kepada kami. Bengkel ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu kemahiran membaca kelajuan otak keseluruhan, kecekapan memori dan penetahuan peta minda. Tiga sesi ini telah berlangsung pada pukul 8-10, 10.30-12.30 dan 2-5. Banyak guru turut menyertai bengkel ini untuk mendapat pengetahuan yang lebih dalam bidang memori serta memantau murid-murid.

             Saya belajar banyak teknik dan kemahiran baharu dalam belajar. Saya berharap dapat menyertai lagi banyak bengkel pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment