Translate

Tuesday 4 April 2017

JURNAL
29 MAC 2017

 Saya bangun pada pukul 7:25 pagi dan terus ke bilik untuk cuci muka serta menggosok gigi. Saya bangun lambat hari ini kerana tidur lambat semalam dan tidak sempat mandi. Selepas membuat persiapan diri, saya bersarapan di dewan makan. Hari ini dewan makan menyediakan bubur nasi. Selepas itu, saya pergi ke dewan serbaguna harian. Perhimpunan tersebut tamat pada jam 8:00 pagi.

   Kemudian saya bersama rakan sekelas bergerak ke kelas pertama iaitu prep. Saya bersama Zach ke kelas prep sementara menunggu budak muslim habis PAI. Kemudian saya ke kelas Bahasa Melayu bersama Cikgu Mior. Pada pukul 9:20 pagi kami ke kelas Sejarah. Pada pukul 10:00 pagi saya ke dewan makan untuk menikmati hidangan minum pagi yang disediakan. Pada pukul 10:30 pagi saya bergerak ke kelas Bahasa Inggeris sampai pukul 11:10. Kemudian saya bergerak ke stadium untuk kelas PJK. Selepas itu, saya bersama rakan bukan muslim telah ke Moral.

   Selepas makan tengah hari di dewan makan, saya balik ke bilik saya. Memandangkan pada pukul 2:00 petang hanya ada prep saya pun tidur. Oleh sebab hanya ada prep saya bangun lambat dan kemudian ke kelas prep saya. Selepas mandi, saya ke dewan makan untuk makan malam. Pada pukul 7:15 malam saya dengan semua budak non muslim telah ke bilik gerakan untuk sesi moral dan kemudian ke kelas prep selama 2 jam. Selepas minum malam saya balik ke bilik dan terus tidur.

No comments:

Post a Comment