Translate

Thursday 2 February 2017


JURNAL
1 FEBRUARI 2017

Pada pagi saya bangun pada 7.00 pagi . Selepas menguruskan diri saya ke dewan serbaguna untuk menghadir perhimpunan harian . Seterusnya saya ke kelas biologi dan menunggu selama 20 minit dan menunggu sambil membaca buku . Akhirnya kami meneruskan sesi pembelajaran dengan Puan Sakinah dan kami belajar tentang beberapa perkara tentang masa depan . Kemudian saya dan kawan-kawan sekelas saya  ke padang . Saya dan beberapa kawan lelaki menuju mengunakan jalan singkat . Semasa menurun bawah kaki saya terseliuh dan saya jatuh berguling dan kaki saya di sebelah kiri telah cedera. Namun saya meneruskan bermain bola sepak dengan kawan . Pada hari ini saya bernasib malang saya jatuh sekali lagi semasa menyepak bola dan saya mula berasa sakit pada pahu dan pinggang. Setelah berehat saya ke kelas yang seterusnya .  setelah kelas tamat pada pukul 4.00 saya memakai pakaina sukan dan menuju ke dewan serbaguna untuk bermain badminton. Pada hari itu saya dapat bermain dengan penuh tenaga dan baik. Pada petang itu nasib malang saya masih mengejar saya kerana saya jatuh sekali lagi. Kemudian saya ke bilik dan bersiap sedia untuk kelas moral dan prep . Setelah ke kelas - kelas tersebut saya ke bilik dan tidur kerana rasa sakit dan penat. Di situlah saya mengakhiri hari saya .

No comments:

Post a Comment