Translate

Tuesday 2 May 2017

JURNAL
29 MAC 2017

     Saya bangun pada jam 7.00 pagi pada hari ini. Selepas menggosok gigi, menukar baju dan mencuci muka seperti biasa, saya turun ke dewan makan lebih kurang pada jam 7.30 pagi untuk sarapan pagi. Makanan pada hari ini adalah mi goreng dan telur goreng. Pada pukul 7.45 pagi, kami bergerak ke dewan serbaguna untuk perhimpunan rasmi hari Isnin.
  
   Kelas pertama pada hari ini adalah kelas Bahasa Inggeris. Pada hari ini, kami membincangkan tentang soalan yang diberikan pada minggu lepas tentang adjektif. Sebelum mengakhiri kelas, cikgu memberikan kami tugasan. Selepas minum pagi di kafeteria. kami bergerak ke kelas Biologi tetapi cikgu tidak sihat hari ini. Jadi, tidak masuk kelas. Kami disuruh berada di makmal dan mengulang kaji. Kela terakhir pada hari ini ialah kelas Bahasa Malaysia. Cikgu Mior bisuk pada dua minggu ini, jadi cikgu ganti masuk kelas dan kelas berada di dewan serbaguna. Hari ini, kami mengadakan sesi mengenal diri.
  
    Selepas makan tengah hari di dewan makan pada jam 12.30 petang, saya balik ke bilik untuk berehat. Saya mandi, makan malam dan turun ke kelas prep pada jam 8.00 malam. Pada masa tersebut, saya menulis jurnal harian dan belajar Biologi dan Sejarah. Sebelum bergerak ke slot moral, saya pergi ke koperasi untuk membeli sedikit makanan. Slot moral tamat pada lebih kurang jam 10.30 malam dan saya balik ke bilik untuk tidur.

No comments:

Post a Comment