Translate

Tuesday 2 May 2017

JURNAL
19 APRIL 2017

Saya senyum senyum kambing dengan mimpi dan bangun pada pukul 6.50 pagi . Setelah menghabiskan rutin harian saya ke perhimpunan seperti biasa . Saya terus ke kelas Metematik dan ke kelas Kimia.  Pada 10.00 hingga 10.30 saya ke dewan makan untuk berehat di bawah penghawa dingin. Seetalah itu saya berjalan ke kelas research. Di situ kami dibahagikan kepada 5 kumpulan dan diberi tajuk . Tajuk yang kami dapat adalah tentang alien. Kemudian, saya belajar bernyanyi di kelas muzik bersama Dato Ridzuan . Setelah itu, saya ke kelas moral . Setelah membuka pintu kelas saya nampak seorang cikgu lain . Barulah saya tahu beliau adalah guru ganti bagi Cikgu Azrina.
Pada 12.30 tengah hari saya makan tengah hari.  Kemudian saya ke bilik dan berehat pada 2.00 saya mula membuat kerja rumah saya seperti biasa.  Pada 5.30 pula saya ke dewan serbaguna untuk bermain badminton . Pada pukul 6.00 saya mandi dan berehat . Pada 8.30 malam saya berada dalam bilik kerana tiada prep . Adakah anda nak tahu mengapakah tiada prep pada hari bersekolah ?Bacalah jurnal hari kesokan saya .Pasti anda rasa menarik.Kalau anda suka blog saya sila comment .😎

No comments:

Post a Comment