Translate

Tuesday 2 May 2017

JURNAL
30 APRIL 2017

Saya bangun pada jam 7.00 pagi pada hari ini. Selepas persiapan diri dan sarapan pagi, saya pergi ke dewan serbaguna untuk perhimpunan pagi. Kelas pertama pada hari ini adalah prep dan seterusnya, Bahasa Melayu. Hari ini, cikgu memberikan kami tugasan dan kelas tersebut tamat pada jam 9.20 pagi. Kelas seterusnya, iaitu kelas sebelum minum pagi, adalah kelas Fizik dengan Dr Farhah.

  Minum pagi diadakan di dewan makan. Makanan hari ini adalah karipap dan kuih hijau. Kelas Bahasa Inggeris pada jam 10.30 pagi diadakan di makaml komputer. Kami diajar tentang garisan plot dan diberikan tugas menulis garisan plot dan menulisnya pada Padlet sebelum hari Sabtu. Kelas terakhir, F. Maths, diadakan pada jam 11.50 pagi dan makan tengah hari pada jam 12.30 petang.


  Petang itu tiada kelas dan saya mandi pada jam 4.30 petang dan pergi ke dewan makan untuk makan malam pada jam 6.45 petang. Selepas prep di kelas prep pada jam 8.00 petang hingga jam 10.00 petang, saya pergi ke dewan makan untuk makanan supper sebelum balik ke bilik untuk tidur malam.

No comments:

Post a Comment