Translate

Wednesday 10 May 2017

aya bangun pada jam 7:30 pagi hari ini. Selepas menggosok gigi dan memakai pakaian, saya ke dewan makan untuk bersarapan. Hari ini sup cendawan telah dihidangkan. Saya bergerak ke dewan serbaguna untuk perhimpunan pagi. Selepas menyanyikan lagu Negaraku dan pengumuman telah diberikan, saya ke kelas prep kerana subjek pertama pada hari itu ialah PAI.

   Selepas itu saya bersama rakan-rakan saya bergerak ke kelas Bahasa Melayu. Hari ini cikgu tidak menghadiri kelas jadi kami pun prep di makmal bahasa. Selepas minum pagi saya bergerak ke kelas Sejarah dan kemudian ke kelas Bahasa Inggeris. Saya dan rakan-rakan saya telah bermain badminton waktu kelas Pendidikan Jasmani.

   Hari ini dewan makan telah menyediakan sup ayam, ikan goreng dan bayam. Saya hanya mengambil ayam kerana bayam dan ikan berbau basi. Selepas makan saya ke bilik rakan untuk menyiapkan kerja rumah bersamanya. Saya mandi pada jam 6:15 petang dan makan malam. Pada pukul 7:15 petang saya ke bilik gerakan pelajar untuk sesi moral dan seterusnya, prep selama 2 jam.

   Selepas ke dewan makan untuk hidangan supper saya membeli makanan ringan di koperasi. Selepas berbual-bual dengan rakan saya terus terbaring atas katil dan tidur.

Sunday 7 May 2017

JURNAL
7 MAY 2017

Hari ini merupakan hari yang baik. saya bangun pada pukul 8.00 pagi. Saya menggosok gigi dan mengemas katil saya . Kemudian , saya makan beberapa keping biskut. Saya mengemas meja saya dan meletakkan buku- buku di atas rak. Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah hari . Tanpa berlengah saya terus menuju ke dewan makan untuk makan tengah hari.

        Saya balik ke bilik pada pukul 1.00 tengah hari. Saya mula membuat kerja rumah yang diberi oleh instruktor. Setelah membuat kerja rumah untuk masa yang lama saya berasa penat jadi saya tidur. Tepat pada pukul 4.45 petang saya bangun dan mengikuti aktiviti riadah. Pada pukul 6.20 petang saya ke dewan makan untuk menimati makanan yang disediakan.

       Pada pukul 7.00 petang saya menggsok pakaian yang berkedut. Setelah  menggosk pakaian , saya mengambil buku Bahasa Perancis dan menuju ke kelas Bahasa Perancis. Akhirnya, kelas Perancis berakhir pada pukul 8.15 petang . Kemudian saya ke bilik dan membuat kerja rumah yang diberi oleh para instrutor. Pada pukul 10.30 malam saya berasa penat. Jadi saya menutup lampu dan tidur.
JURNAL 6 MAY 2017

Saya bangun pada jam 7:30 pagi hari ini. Selepas menggosok gigi dan memakai pakaian, saya ke dewan makan untuk bersarapan. Hari ini sup cendawan telah dihidangkan. Saya bergerak ke dewan serbaguna untuk perhimpunan pagi. Selepas menyanyikan lagu Negaraku dan pengumuman telah diberikan, saya ke kelas prep kerana subjek pertama pada hari itu ialah PAI.

   Selepas itu saya bersama rakan-rakan saya bergerak ke kelas Bahasa Melayu. Hari ini cikgu tidak menghadiri kelas jadi kami pun prep di makmal bahasa. Selepas minum pagi saya bergerak ke kelas Sejarah dan kemudian ke kelas Bahasa Inggeris. Saya dan rakan-rakan saya telah bermain badminton waktu kelas Pendidikan Jasmani.

   Hari ini dewan makan telah menyediakan sup ayam, ikan goreng dan bayam. Saya hanya mengambil ayam kerana bayam dan ikan berbau basi. Selepas makan saya ke bilik rakan untuk menyiapkan kerja rumah bersamanya. Saya mandi pada jam 6:15 petang dan makan malam. Pada pukul 7:15 petang saya ke bilik gerakan pelajar untuk sesi moral dan seterusnya, prep selama 2 jam.

   Selepas ke dewan makan untuk hidangan supper saya membeli makanan ringan di koperasi. Selepas berbual-bual dengan rakan saya terus terbaring atas katil dan tidur.

Tuesday 2 May 2017


Pendahuluan:
Format Surat Kiriman Rasmi
alamat pengirim dan penerima 
tarikh

Isi-isi penting:
  • perkara - mengadu masalah gangguan monyet liar
  • sejak bila masalah itu berlaku - anggaran atau jumlah monyet liar tersebut - kawasan sebenar anjing-anjing itu mengganggu dan berkumpul
  • masalah-masalah yang berlaku - mengotorkan kawasan, bunyi monyet , monyet kerap mengejar penduduk asrama  - membahayakan, mengancam keselamatan,mencuri makanan.
  • meminta pihak majlis memantau keadaan seterusnya menangkap monyrt- monyet tersebut

Penutup:
  • mohon agar aduan diberi pertimbangan
  • terima kasih atas kerjasama
  • pengakuan pengirim, tandatangan, nama anda sebagai wakil asramadan kawasan persekitaranya.
JURNAL
2 MAY 2017

 ini merupakan hari yang indah. Saya bangun pada pukul  7.00 pagi.  Kemudian , saya membuka tirai dan tingkap lalu mengemas katil . Saya terus ke  bilik air untuk mandi . Saya meletakkan buku dan alatan  tulis  di dalam beg dan terus ke dewan makan untuk bersarapan . Setelah itu , saya ke  kelas dan mengikuti kelas seperti biasa . 
         
             Masa pembelajaran tamat pada pukul 12.30 tengah hari . Saya terus ke dewan makan untuk makan tengah hari . Kemudian , saya ke bilik saya dan berehat . Pada pukul 4.45 petang  saya mengemas barang saya . Setelah itu saya ke dewan serbaguna untuk bermain badminton.Setelah itu , saya ke dewan makan untuk  bermakan malam . 

Pada pukul 6.50 petang ayah saya melawat saya dan saya memberi pakaian yang telah diguna . Pada pukul 8.00 malam saya  mengemas meja dan melayari internet . Pada pukul 10.00 malam saya menutup lampu dan tidur.
JURNAL
30 APRIL 2017

Saya bangun pada jam 7.00 pagi pada hari ini. Selepas persiapan diri dan sarapan pagi, saya pergi ke dewan serbaguna untuk perhimpunan pagi. Kelas pertama pada hari ini adalah prep dan seterusnya, Bahasa Melayu. Hari ini, cikgu memberikan kami tugasan dan kelas tersebut tamat pada jam 9.20 pagi. Kelas seterusnya, iaitu kelas sebelum minum pagi, adalah kelas Fizik dengan Dr Farhah.

  Minum pagi diadakan di dewan makan. Makanan hari ini adalah karipap dan kuih hijau. Kelas Bahasa Inggeris pada jam 10.30 pagi diadakan di makaml komputer. Kami diajar tentang garisan plot dan diberikan tugas menulis garisan plot dan menulisnya pada Padlet sebelum hari Sabtu. Kelas terakhir, F. Maths, diadakan pada jam 11.50 pagi dan makan tengah hari pada jam 12.30 petang.


  Petang itu tiada kelas dan saya mandi pada jam 4.30 petang dan pergi ke dewan makan untuk makan malam pada jam 6.45 petang. Selepas prep di kelas prep pada jam 8.00 petang hingga jam 10.00 petang, saya pergi ke dewan makan untuk makanan supper sebelum balik ke bilik untuk tidur malam.
JURNAL
29 MAC 2017

     Saya bangun pada jam 7.00 pagi pada hari ini. Selepas menggosok gigi, menukar baju dan mencuci muka seperti biasa, saya turun ke dewan makan lebih kurang pada jam 7.30 pagi untuk sarapan pagi. Makanan pada hari ini adalah mi goreng dan telur goreng. Pada pukul 7.45 pagi, kami bergerak ke dewan serbaguna untuk perhimpunan rasmi hari Isnin.
  
   Kelas pertama pada hari ini adalah kelas Bahasa Inggeris. Pada hari ini, kami membincangkan tentang soalan yang diberikan pada minggu lepas tentang adjektif. Sebelum mengakhiri kelas, cikgu memberikan kami tugasan. Selepas minum pagi di kafeteria. kami bergerak ke kelas Biologi tetapi cikgu tidak sihat hari ini. Jadi, tidak masuk kelas. Kami disuruh berada di makmal dan mengulang kaji. Kela terakhir pada hari ini ialah kelas Bahasa Malaysia. Cikgu Mior bisuk pada dua minggu ini, jadi cikgu ganti masuk kelas dan kelas berada di dewan serbaguna. Hari ini, kami mengadakan sesi mengenal diri.
  
    Selepas makan tengah hari di dewan makan pada jam 12.30 petang, saya balik ke bilik untuk berehat. Saya mandi, makan malam dan turun ke kelas prep pada jam 8.00 malam. Pada masa tersebut, saya menulis jurnal harian dan belajar Biologi dan Sejarah. Sebelum bergerak ke slot moral, saya pergi ke koperasi untuk membeli sedikit makanan. Slot moral tamat pada lebih kurang jam 10.30 malam dan saya balik ke bilik untuk tidur.
JURNAL
20 APRIL 2017

     Saya membuka mata saya dan memikir apakah tugasan yang perlu saya siapkan . Saya mengambil jam tangan dan terusnya saya rasa panik saya terus mandi laju-laju dan memakai pakaian. Sebelum meninggalkan bilik perut nsaya menyatakan bahawa lapar . Saya terus mengambil sebiji buah pisang dan makan sambil berjalan menuju ke dewan  serbaguna sebagai alas perut . Setelah perhimpunan tamat saya terus ke kelas kimia .Semasa itu kami belajar tentang bab 3 ; kami ke kelasa bahasa melayu. Cikgu Mior mengajar kami tentang tatabahasa . Saya ke kelas perdagangan  dan kawan - kawan menyatakan tentang beberapa perkara melalui power point . Kemudian sayas berehat dan ke kelas research . 

     Di situ Dr. Rorlinda  telah menerangkan apa itu research . Dan menyanya apakah topik yang kami ingin ambil. Saya juga menyatakan minat saya . kemudian  kami ke kelas muzik dan belajar menyanyi . Kemudian saya ke kelas moral  dan  berbincang dengan kawan - kawan tentang kerja moral . Setewlah itu saya ke dewan  makan untuk makan dan berehat di bilik . Pada pukul 2,00 hingga 4.00 saya ke masa prep untuk membuat kerja - kerja .Setelah itu saya ke bilik kerana tidak larat untuk bersukan . Jika anda baca jurnal  1 Februari anda mesti tahu tentang  apa yang berlaku dan mencederakan .Setelah berehat saya mandi dan mengemas barang untuk ke kelas moral dan juga masa prep . kemudian saya ke koop dan membelanja kawan kawan . Kemudian saya ke bilik dan membuat kerja rumah dan  tidur .
JURNAL
19 APRIL 2017

Saya senyum senyum kambing dengan mimpi dan bangun pada pukul 6.50 pagi . Setelah menghabiskan rutin harian saya ke perhimpunan seperti biasa . Saya terus ke kelas Metematik dan ke kelas Kimia.  Pada 10.00 hingga 10.30 saya ke dewan makan untuk berehat di bawah penghawa dingin. Seetalah itu saya berjalan ke kelas research. Di situ kami dibahagikan kepada 5 kumpulan dan diberi tajuk . Tajuk yang kami dapat adalah tentang alien. Kemudian, saya belajar bernyanyi di kelas muzik bersama Dato Ridzuan . Setelah itu, saya ke kelas moral . Setelah membuka pintu kelas saya nampak seorang cikgu lain . Barulah saya tahu beliau adalah guru ganti bagi Cikgu Azrina.
Pada 12.30 tengah hari saya makan tengah hari.  Kemudian saya ke bilik dan berehat pada 2.00 saya mula membuat kerja rumah saya seperti biasa.  Pada 5.30 pula saya ke dewan serbaguna untuk bermain badminton . Pada pukul 6.00 saya mandi dan berehat . Pada 8.30 malam saya berada dalam bilik kerana tiada prep . Adakah anda nak tahu mengapakah tiada prep pada hari bersekolah ?Bacalah jurnal hari kesokan saya .Pasti anda rasa menarik.Kalau anda suka blog saya sila comment .😎

Monday 1 May 2017

JURNAL
18 APRIL 2017


Pada 6 April 2017, kumpulan kaunseling Pusat Permatapintar telah mengadakan bengkel kemahiran belajar berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi. Cikgu-cikgu yang bertugas telah menjemput penceramah yang amat terkenal dalam bidang ini untuk memberi ceramah kepada kami. Semua pelajar Pusat permatapintar diwajibkan untuk menyertai bengkel ini supaya dapat menguasai teknik belajar yang lebih berkesan. Bengkel ini mengambil masa selama 7 jam, iaitu dari pukul 8 pagi hingga 5 petang dan diadakan di auditorium permata.

           Encik Ali Akhbar Bin Abdul Razak ialah penceramah yang berpengalaman. Beliau membawa maklumat dan nota yang sangat bermanfaat kepada kami. Bengkel ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu kemahiran membaca kelajuan otak keseluruhan, kecekapan memori dan penetahuan peta minda. Tiga sesi ini telah berlangsung pada pukul 8-10, 10.30-12.30 dan 2-5. Banyak guru turut menyertai bengkel ini untuk mendapat pengetahuan yang lebih dalam bidang memori serta memantau murid-murid.

             Saya belajar banyak teknik dan kemahiran baharu dalam belajar. Saya berharap dapat menyertai lagi banyak bengkel pada masa hadapan.