Translate

Friday, 3 June 2016

JURNAL
9 Mei 2016

     Saya bangun awal pada pukul  5.30 pagi . Saya mandi dan memakai pakaian seragam Kolej Permatapintar Negara . Selepas itu saya meletakkan  buku - buku dan alatan tulis ke dalam beg lalu   mengulang kaji bagi menghadapi peperiksaan Bahasa Melayu .Selepas mengulang kaji , saya memakan biskut . Saya ke auditorium pada pukul 8.30 pagi kerana ujian akan bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 pagi . Saya masuk ke dalam dewan peperiksaan pada pukul 9.45. Para instruktor memberi arahan dan  penerangan .

   Ujian  bermula , saya  berdoa lalu  menjawab peperiksaan dengan tekun. Selepas ujian berakhir saya ke dewan makan untuk memakan kuih . Saya ke bilik saya berehat dan ke dewan makan semula pada pukul 12.30 petang. Saya terus ke bilik untuk membaca buku sejarah .Saya membaca nota - nota penting . Kemudian , saya ke auditorium untuk peperiksaan .

  Di situ saya membuat ulang kaji yang terakhir pada pukul 2.15 petang .Saya memasuki dewan peperiksaan , Saya berasa gementar. Saya  menjawab semua soalan dan menyemak  jawapan saya semula. Peperiksaan tamat  pada pukul 4.30, tanpa membuang masa saya terus ke bilik dan mula membuat ulang kaji untuk ujian Bahasa Inggeris. Pada pukul 6.15 petang saya ke dewan makan untuk  bermakan malam .

    Prep untuk hari ini adalah tidak diwajibkan  dan saya menambil keputusan untuk berada di dalam bilik . Saya mengemas barang lalu membuat ulang kaji . Pada pukul 10.00 saya menutup lampu dan tidur.

No comments:

Post a Comment