JURNAL
4 Jun 2016
Hari ini merupakan hari yang biasa. Saya bangun pada pukul 8.00 pagi. Saya mengemas katil dan mandi. Setelah itu, saya bersarapan makanan yang disediakan . Kemudian, saya dan keluarga bergotong royong membersihkan halaman rumah. Saya membantu menyapu dedaun kering yang bertaburan dan menyiram pokok. Saya memakan beberapa biji kuih - muih.
Saya membaca buku cerita berdasarkan kisah benar dan berehat selama 30 minit. Pada pukul 12.30 tengah hari saya menjamu selera pelabagai makanan yang disediakan. Selepas itu saya menonton rancangan yang menceritakan tentang haiwan dan sifatnya. Kemudian, saya ke bilik dan melayari internet. Pada pukul 5.00 petang saya bermain badminton dengan abang saya.
Setelah berasa penat kami berehat sekejap dan saya ke bilik air untuk mandi. Saya ke kuil bersama keluarga saya untuk bersembahyang. Pada pukul 8.00 malam saya bermakan malam makanan yang di beli dari kedai. Setelah itu saya ke bilik dan membuat ulang kaji. Pada pukul 10.30 saya mengucapkan selamat malam lalu ke bilik dan tidur.
No comments:
Post a Comment