JURNAL
7 Mei 2016
Saya bangun pada pukul 8.30 pagi kerana hari ini merupakan hari sabtu dan tiada kelas. Selepas bangun saya terus membuka tingkap dan melihat cahaya mata hari yang sinar terang . Saya terus membawa tuala dan terus mandi . Kemudian , saya makan biskut sebagai sarapan pagi . Selepas makan , saya mengejutkan kawan sebilik saya pada puku 9.00 pagi. Saya mula mengemas bilik saya seperti mengemas katil, meja dan rak saya . Saya juga menyapu lantai dan mengelap meja saya .
Selepas membersihkannya , saya berasa penat jadi saya memanaskan air dan membancuh kopi untuk diminum . Jam menunjukan pukul 12.35 tengah hari . Pada hari itu saya tidak rasa lapar jadi saya tidak ke dewan makan untuk makan tengh hari . Saya berasa penat jadi saya tidur tidur ayam bagi menghilangan rasa penat . Selepas tidur , saya mula membuat kerja rumah yang diberi oleh guru. Selepas membuatnya saya ke dewan serbaguna untuk bermain badminton pada pukul 5.30 petang .
Selepas bermain saya ke dewan makan untuk bermakan malam pada pukul 6.25 petang . Selepas bermakan malam dengan kawan - kawan saya ke bilik lalu mandi. Selepas itu saya melayari internet. Kemudian saya membuat ulang kaji. Selepas membuat ulang kaji , saya mengemas katil dan meja lalu tidur pada pukul 11.30 malam.
No comments:
Post a Comment