Translate

Thursday, 9 June 2016

JURNAL
17 Mei 2016 

         Hari ini merupakan hari yang penting iaitu hari peperiksaan jadi saya bangun awal pada pukul 7.00 pagi . Saya terus membuka tingkap untuk menghirup udara yang segar . Kemudian saya mandi dan mengemas katil . Saya bersiap sedia dan ke dewan makan untuk bersarapan . Saya balik ke bilik dan bermula membuat ulang kaji yang terakhir bagi peperiksaan Kimia . Saya juga mengimbas kembali formula - formula . Pada pukul   8.45 pagi saya memasukki dewan peperiksaan dan mula menjawabnya.Ujian berakhir pada pukul 11.00 pagi .Saya terus ke bilik dan mula membuat ulang kaji untuk peperiksaan falsafah 

       Pada pukul 12.30 tengah hari saya ke dewan makan untuk menjamak makanan. Kemudian saya  balik ke bilik dan berehat .Pada pukul 2.00 pula saya beredar dari bilik dan terus ke  auditorium untuk menjawab peperiksaan . Peperiksaan dijalankan pada pukul  2.30 petang hingga 
3.30 petang. Selepas habis peperiksaan saya berjalan pantas ke bilik dan tidur selama 1 jam .
Kemudian , saya ke dewan makan untuk bermakan malam . 

      Pada pukul 7.00 saya balik ke bilik dan menyalin pakaian . Saya memulakan ulang kaji saya . Saya membuat ulang kaji untuk peperiksaan Biologi dan Matematik. Jam menunjukkan pukul 12.30 pagi . Saya berasa mengantuk . Jadi saya menutup lampu dan tidur. 

No comments:

Post a Comment