JURNAL
11 Mei 2016
Saya bangun lewat pada pukul 9.00 kerana hari ini tiada peperiksaan.Setelah bangun saya mengemas katil dan mandi. Saya terus ke dewan makan untuk makan kuih . Kemudian saya balik ke bilik dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat . Saya mula membuat ulang kaji.Pada pukul 12.30 tengah hari pula saya bersama kawan bermakan tengah hari.
Saya ke bilik saya dan tidur tidur ayam supaya dapat menghilangkan rasa penat . Kemudian , saya membuat ulang kaji untuk peperiksaan yang akan datang. Pada pukul 5.30 saya beriadah dengan kawan . Pada pukul 6.30 petang saya bermakan malam di dewan makan .
Setelah makan saya ke bilik saya dan menyalin pakaian lalu bersambung membuat ulang kaji untuk peperiksaan . Pada pukul 10.00 malam pula saya ke dewan makan dan membeli makanan . Pada pukul 11.00 menutup lampu dan tidur.
No comments:
Post a Comment