Translate

Thursday, 9 June 2016

JURNAL
27 Mei 2016

        Hari ini merupakan hari yang  gembira. Saya bangun pada pukul 7.00 pagi. Kemudian saya bersarapan dan bersiap sedia. Pada pukul 9.00 pagi saya mengikut ayah untuk membuat urusan di Kuala Lumpur. Masa perjalanan kami mengambil lebih kurang 45 minit . Dalam perjalanan saya melihat bangunan yang mencakar langit. Setelah berurusan kami pulang ke rumah pada pukul 1.00 petang.

      Kemudian saya makan tengah hari. Saya juga bermaian permaian bersama abang saya. Seterusnya saya menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru. Pada sekitar pukul 5.00 petang kami sekeluarga ke  Royal Floria yang berlangsung di Putrajaya.

      Mula - mula kami melawat ilandskap yang dihias bertemakan alam  menggunakan  bahan buangan oleh pelajar - pelajar dari pelbagai sekolah dan universiti. Kemudian kami ke dewan yang mempamerkan hasil karya seni semula jadi oleh syarikat - syarikat swasta dan luar negara. Di situ kami melihat seni - seni dan direka dengan  kacang, bunga - bunga berwarna warni dan sebagainya. Seterusnya kami melawat tempat - tempat yang dihias dengan bunga bungaan oleh negeri- negeri lain seperti Johor , Perak , Pahang dan lain -lain.

      Pada malam itu kami berpeluang untuk menyaksikan'The Magic Night 2016'. Menteri perlancongan hadir untuk merasmikan program tersebut. Penari dari istana budaya negara untuk menyampaikan tarian. Kemudian perarakan bot yang dihias dengan lampu berwarna bagi setiap negeri juga diadakan . Saya mengambil gambar bot - bot tersebut . Akhirnya mereka meletupkan banyak bunga api. Suasana pada malam itu sungguh meriah. Kami sampai di rumah pada pukul 12.00 tengah malam . Saya tidur pada pukul 12.45 tengah malam.

No comments:

Post a Comment