Translate

Sunday, 26 June 2016

Presentation BM

Anda dikhendaki menulis text pengucapaan awan . Anda boleh memilih tajuk yang berikut.
1)taklimat
2)syarahan
3)ucapan
4)kuthubah
5)pidato
6)ucapan awam (isu semasa )

FORMAT TUGASAN

-Dikhendaki berucap 5 hingga 7 minit .
-Pakaian metilah kemas dan sopan.

Thursday, 23 June 2016

JURNAL
14 JUN 2016

   Hari ini merupakan hari yang baik. Saya bangun dan menjalankan rutin harian seperti biasa.Kemudian saya ke perhimpunan dan kelas .Dalam kelas menerangkan tentang kesalahan yang telah kami lakukan dalam kertas peperiksaan. Kemudian saya ke dewan makan untuk makan tengah hari. Kemudian saya ke bilik dan berehat . Selepas itu saya ke kelas dan meneruskan belajar. Pada pukul 4.30 petang saya ke bilik dan bersiap sedia dan beriadah .

    Kemudian saya bermakan malam dan ke bilik . Saya mandi dan membuat kerja rumah dan tugas yang diberi. Pada pukul 10.00 malam saya ke prep. Di prep saya membuat ulang kaji . Setelah itu, saya balik ke bilik dan membuat kerja rumah. Akhirnya, saya menutup lampu dan tidur larut malam.

Tuesday, 14 June 2016

JURNAL
13 Jun 2016

        Hari ini merupakan hari pertama persekolahan selepas cuti semester . Saya bangun seperti biasa pada pukul 6.30 pagi dan menjalankan rutin saya. Setelah bersiap sedia saya ke dewan serbaguna untuk perhimpunan. Setelah perhimpunan berakhir saya terus menuju ke kelas. Saya mengikuti kelas seperti biasa. Pada pukul 10.00 saya rehat dan balik ke kelas. Kemudian, kelas berakhir pada pukul 12.30 tengah hari . Setelah itu, saya makan tengah hari bersama kawan - kawan saya.

     Saya balik ke bilik dan mengemas katil dan berehat sambil melayari internet. Pada pukul 2.15 petang saya menyalin pakaian dan ke kelas balik. Akhirnya sesi kelas berakhir pada 4.30 petang . Kemudian saya ke bilik dan berehat. Pada pukul 6.15 petang saya ke dewan makan untuk bermakan malam. Setelah itu saya membuat kerja saya . Pada pukul 9.00 saya ke kelas moral . Di situ kami berbincang tentang melawat rumah orang tua.

      Pada pukul 9.30 malam saya ke kelas prep dan balik ke bilik pada pukul 10.30 malam. Saya membuat kerja rumah saya dan tidur pada pukul 1.00 pagi .

Sunday, 12 June 2016

JURNAL
12 JUN 2016

           Cuti sekolah hampir tamat. Hari ini saya perlu ke Kolej semula untuk sambung belajar. Selepas melakukan rutin harian, saya bersarapan pagi bersama keluarga. Ayah memuatkan semua barang yang perlu dibawa ke dalam kereta. Setelah mengucapkan selamat tinggal dan bersalaman dengan keluarga, saya dan ayah saya bertolak dari rumah pada pukul 9.00 pagi.

         Saya sampai di Pusat Permatapintar pada pukul 10.10 pagi. Saya mengambil kunci dan ke bilik.  Saya meletakkan kesemua barang saya dan menyusunnya . Saya mendapat bilik yang lain kali ini. Saya juga mendapat rakan sebilik yang baru. Setelah menyusun semua barang dengan kemas, saya berehat sebentar. Pada pukul 4.00 saya tidur dan bangun pada pukul 6.00 petang. Saya ke dewan makan untuk makan malam. Selepas mandi dan mula membaca buku. Pada pukul 9.50 malam saya ke dewan serbaguna untuk menghadiri rollcall.

         Pada pukul 10.40 saya ke bilik dan bersambung membuat kerja saya. Pada 12.00 malam saya menutup lampu dan tidur.

Saturday, 11 June 2016

JURNAL
11 Jun 2016

        Saya bangun pada pukul 8.00 pagi. Saya bersarapan dan mengemas barang yang perlu dibawa ke asrama kerana saya akan ke kolej esok. Ayah saya juga membantu saya mengemas dan meletakkan barang - barang. Pada pukul 10.00 pagi saya makan beberapa biji kuih. Kemudian saya meneruskan mengemas barang saya.

    Pada pukul 12.30 tengah hari saya, makan tengah hari juadah yang disediakan oleh ibu. Selepas menikmatinya, saya tidur tidur ayam selama setengah jam . Saya sambung mengemas barang saya. Pada pukul 5.00 saya berehat sekejap dan mandi. Kami ke kuil pada pukul 7.00. Pada pukul 8.00 malam kami bermakan malam bersama keluarga. Pada pukul 9.30 malam saya minum susu dan tidur.
JURNAL
10 Jun 2016

               Saya bangun pada  pukul 8.00 pagi. Saya membuka tingkap dan mandi . Setelah itu, saya bersarapan makanan yang dihidang oleh ibu. Kemudian saya mula mengemas buku - buku saya dan meletaknya di dalam beg. Pada pukul 11.00 pagi saya dan kelurga saya ke pusat membeli - belah untuk membeli barangan untuk saya kerana saya akan ke Kolej Permatapintar dalam beberapa hari.


 Pada pukul 1.00 kami makan di suatu restoran dan bersambung membeli belah. Setelah membeli barangan kami sampai di rumah pada pukul 4.00 petang. Saya menyalin pakaian dan bermain bersama abang saya. Saya mengemas barang yag dibeli dan mandi. Pada pukul 7.00 petang saya bersembahyang dan bermakan malam. Pada pukul 9.00 saya menonton televisyen dan tidur.

Thursday, 9 June 2016

JURNAL
9 Jun 2016

        Rutin harian  saya berjalan seperti biasa. Pada pukul 2.00 petang saya dan away ke pasaraya Tesco untuk membeli barang. Ayah membelikan saya cerek elektrik berjenama Philps untuk kegunaan saya di asrama. Setelah membeli belah dua jam kami pulang ke rumah.

       Saya menolong ibu saya membuat kuih untuk minum petang. Selepas menikmati minum petang saya ke bilik dan membaca novel.

      Pada pukul ,7.00 petang saya bersembahyang . Kemudian saya bermakan malam bersama keluarga dan berbual - bual. Saya minum susu dan tidur pada pukul 10.00 malam.
JURNAL
8 Jun 2016

       Saya bangun pada pukul 8.00 pagi. saya membuka tingkap dan mandi. Saya menyalin pakaian dan bersarapan makanan yang dibeli seperti roti cannai dan iddli bersama dengan kari ikan. Saya ke bilik dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat yang menarik. Pada pukul 10.30 pagi saya makan kuih tradisional seperti vadai.

      Setelah itu saya ke bilik dan membaca buku tentang pengetahuan am . Pada pukul 12.45 tengah hari saya bermakan tengah hari bersama keluarga saya . Saya menonton televisyen. Seterusnya, saya menolong membuat kerja rumah. Kemudian saya bersiap sedia dan mendaki bukit yang tertelatak berhampiran rumah. Setelah itu kami turun dan sampai di rumah pada pukul 6.15 petang .

      Saya mandi dan bersembahyang. Saya bermakan malam bersama keluarga saya. Kemudian, kami berbual bual di ruang tamu pada pukul 10.30 petang saya minim susu dan tidur.
JURNAL
7 Jun 2016

            Hari ini merupakan hari yang baik . Saya bangun pada pukul 8.00 pagi. Saya mandi dan ke dapur untuk bersarapan. Kemudian saya menonton televisyen. Saya ke bilik dan melukis gambar. Pada pukul 10.00 saya makan beberapa biji kuih. Setelah itu, saya  membaca buku yang menerangkan tentang reptilia dam amfibia. Pada pukul 12.30 tengah hari pula saya makan tengah hari bersama keluarga . Selepas itu , saya teruskan membaca buku. Pada pukul 4.30 petang saya bermain yoyo bersama abang saya .

           Pada pukul 5.30 petang saya pergi ke halaman rumah dan menikmati pemandangan semula jadi. Saya melawat pokok - pokok yang telah ditanam oleh ayah saya. Antaranya ialah, pokok mata kucing, pokok rambuatan , pokok manggis , pokok mangga, pokok duku , pokok nagka , pokok kelapa , pokok jambu air , pokok pisang , pokok jambu batu dan pokok naga. Saya juga berasa tenang hati apabila melihat  pokok - pokok hijau tersebut. Saya juga mengutip buah seperti buah mangga pisang  dan jambu air.

        Kemudian saya berehat dan mandi . Pada pukul 8.00 saya bermakan malam bersama keluarga saya dan berbual bual di ruang tamu . Pada pukul 9.30 malam saya membuat ulang kaji dan tidur .

   
JURNAL
6 Jun 2016

           Hari ini merupakan hari Isnin. Hari ini juga hari pertama bulan Ramadhan. Saya bangun pada pukul 7.30 pagi. Saya  terus membuka tingkap dan mandi. Saya bersarapan  dan  keluar rumah untuk menikmati suasana dan keindahan alam pada waktu pagi. Kemudian, saya menonton televisyen. Pada pukul 10 pagi saya makan kuih - muih yang dibeli dari kedai. Setelah itu saya menggunakan komputer riba.

           Pada  pukul 12.30 tengah hari saya makan tengah hari bersama keluarga. Kemudian saya menonton televisyen.  Saya juga membaca buku . Setelah itu, saya menyiram pokok bunga supaya ia segar. Pada pukul 5.00 petang saya bermain dengan abang saya. 

Pada pukul 6.00 saya bersiap sedia dan mengikut ibubapa ke pusat membeli belah IOI City Mall untuk membeli belah. Kami membeli pakaian dan alatan kelengkapan rumah. Setelah membeli belah kami pulang ke rumah pada pukul 10.30 malam. Setelah sampai saya mengemas barangan yang dibeli. Saya minum susu dan tidur.
JURNAL
5 Jun 2016

        Saya bagun pada pukul 8.00 pagi . Saya terus membuka tingkap untuk mendapatkan udara yang segar . Saya mandi dan bersarapan bersama ahli keluarga saya . Setelah itu, saya berjalan di persekitaran rumah  untuk memastikan tiada air bertakungan supaya dapat mencegah pembiakan nyamuk Aedes.
     
     Pada pukul 12.30 tengah hari saya bermakan tengah hari bersama ahli keluarga . Kemudian , saya ke bilik dan membaca buku -buku rujukkan . Pada pukul 4.30 petang saya bermain badminton dengan abang saya . Pada pukul 6.00 petang saya menyiram pokok - pokok bunga yang layu di sekitar rumah saya.

        Setelah itu saya mandi dan bersembahyang. Pada pukul 7.30  petang saya bermakan malam bersama ahli keluarga saya. Setelah itu saya ke bilik dan mengemas barang. Pada pukul 10.00 malam saya menutup lampu dan tidur.
JURNAL
4 Jun 2016

            Hari ini merupakan hari yang biasa. Saya bangun pada pukul 8.00 pagi. Saya mengemas katil dan mandi. Setelah itu, saya bersarapan makanan yang disediakan . Kemudian, saya dan keluarga bergotong royong membersihkan halaman rumah. Saya membantu menyapu dedaun kering yang bertaburan dan menyiram pokok. Saya memakan beberapa biji kuih - muih.

          Saya membaca buku cerita berdasarkan kisah benar dan berehat selama 30 minit. Pada pukul 12.30 tengah hari saya menjamu selera pelabagai makanan yang disediakan. Selepas itu saya menonton rancangan yang menceritakan tentang haiwan dan sifatnya. Kemudian, saya ke bilik dan melayari internet. Pada pukul 5.00 petang saya bermain badminton dengan abang saya.

         Setelah berasa penat kami berehat sekejap dan saya ke bilik air untuk mandi. Saya ke kuil bersama keluarga saya untuk bersembahyang. Pada pukul 8.00 malam saya bermakan malam makanan yang di beli dari kedai. Setelah itu saya ke bilik dan membuat ulang kaji. Pada pukul 10.30 saya mengucapkan selamat malam lalu ke bilik dan tidur.
JURNAL
3 Jun 2016

      Hari ini merupakan hari Jumaat. Saya bangun pada pukul 8.00 pagi. Saya mengemas katil dan terus mandi. Ibu menyediakan makanan tradisional untuk sarapan iaitu vadei dan tosei bersama kari dhal. Selepas menjamu sarapan saya terus ke bilik saya untuk membaca buku sains yang menerangkan sebab dan akibat bagi beberapa kejadian semulajadi.

     Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah hari . Saya menjamu selera makanan yang disediakan. Kemudian saya ke bilik dan bersambung membaca buku . Pada pukul 4.30 petang saya berbasikal bersama abang saya. Setelah itu, saya mandi dan bersembahyang.

Saya bermakan malam bersama keluarga dan berbual - bual. Pada pukul 9.00 malam saya menonton rancangan sains di televisyen. Setelah itu , saya mengucap selamat malam lalu ke bilik dan tidur.
JURNAL
2 Jun 2016

              Hari merupakan hari Khamis. Saya bangun pada pukul 8.00 pagi. Kemudian, saya ke bilik air dan mandi . Saya membuka tingkap , saya merasai keindahan pagi, udara yang segar, burung berkicauan, tumbuhan yang hijau dan sebagainya. Saya bersarapan bersama keluarga lalu ke bilik untuk membaca buku - buku yang ada di atas meja.

Saya berehat sekejap . Pada pukul 10.00 saya menonton tayangan yang disiarkan di televisyen. Pada pukul 12.30 petang pula saya bermakan tengah hari bersama keluarga. Kemudian, saya ke bilik dan membaca buku. Setelah itu, saya melukis gambar binatang dan mewarnainya.Pada pukul 5.00 petang saya bermain permainan elektronik.

Kemudian, saya mandi dan bersembahyang di kuil. Pada pukul 8.00 malam saya bermakan malam. Saya juga makan beberapa ulas buah durian yang dibeli dari kedai. Setelah itu saya, ke bilik dan melayari internet untuk membaca berita berita yang terkini. Pada pukul 10.30 malam saya berasa letih dan mengantuk. Saya menutup lampu dan tidur.
JURNAL
1 Jun 2016

      Hari ini merupakan hari Rabu . Saya bangun pada pukul 7.30 pagi. Kemudian saya membuka pintu bilik  dan ke ruang tamu tetapi tiada sesiapa di situ kecuali abang saya . Kerana ibubapa saya telah ke Kuala Lumpur . Saya bersarapan makanan yang telah dihidang atas meja . Saya juga menonton televisyen. Setelah itu saya, saya membuat ulang kaji pelajaran.

Pada pukul 1.00 pagi saya bermakan tengah hari. Pada pukul  saya mengemas rak saya yang tidak teratur. Pada pukul 4.00 petang saya bermain perainan scrabble bersama abang.  Pada pukul 7.00 petang  saya ke kuil yang cantik yang terletak di BBST, Sepang untuk bersembahyang.
   
   Pada pukul 8.30 malam pula saya bermakan malam bersama keluraga. Kemudian kami
berbual - bual di ruang tetamu. Setelah itu saya ke bilik saya dan melayari internet. Pada pukul 11.00 malam saya menutup lampu lalu tidur.
JURNAL
31 Mei 2016

  Hari ini merupakan hari Selasa . Saya bangun pada pukul 8.30 pagi . Saya terus mandi dan mengemas katil saya. Saya ke dapur untuk bersarapan. Kemudian saya mula membuat kerja rumah yang diberi oleh guru. Saya juga membuat ulang kaji pelajaran. Pada pukul 10.30 pagi saya makan beberapa kuih - muih.

     Selepas itu, saya bersambung membuat ulang kaji . Pada pukul 12.45 tengah hari saya makan tengah hari bersama ahli keluarga saya. Pada pukul 3.00 petang saya ke PWTC yang terletak di Kuala Lumpur untuk menjemput  ibu yang menyertai Persidangan Antarabangsa Permata. Kemudian  kami ke Sunway Putra Mall  yang berada bertentangan PWTC untuk membeli- belah.
   
    Setelah membeli belah dan berehat kami ke PWTC semula untuk menghantar ibu kerana ibu menghdiri Majlis bermakan malam bersama Datin Seri Rosmah Mansor. Setelah majlis tamat kami pulang ke rumah. Setelah sampai pada pukul 11.30 malam, saya mengemas barang lalu tidur.


                 

               

     
JURNAL
30 Mei 2016
   
       Hari ini merupakan hari biasa. Saya bangun pada pukul 8.00 pagi. Saya memgemas katil dan makan makanan tradisional sebagai sarapan . Kemudian , saya  membaca buku fiksyen sambil berbaring. Saya juga melukis gambar pemandangan dan mewarnainya. Pada pukul 10.00 pagi, saya makan kek dengan air milo.

       Saya, bersambung membaca buku . Pada pukul  1.00 petang saya menjamak makanan bersama keluarga saya. Setelah itu , saya membuat ulang kaji pelajaran . Pada  pukul 4.30 petang saya menonton televisyen . Pada pukul 5.30 pagi saya bermain badminton bersama abang saya. Pada pukul 6.30 saya mandi kerana berpeluh.

     Saya bersembahyang dan terus menuju ke meja makan untuk bermakan malam bersama keluarga. Setelah itu saya ke bilik dan membuat ulang kaji. Pada pukul 10.30 saya mengucapkan selamat malam kepada ibubapa dan tidur.

   




     
JURNAL
29 Mei 2016


          Hari ini merupakan hari Ahad. Saya bangun awal pada pukul 7.00 pagi . Kemudian saya bersiap sedia dan mengikut ibubapa saya ke pasar tani di Salak Tinggi. Ibu membeli sayur- mayur dan tangkapan laut yang segar. Suasana di situ sungguh riuh rendah
Setelah membeli barangan kami terus ke rumah.

 Kemudian saya mula membuat kerja rumah. Pada pukul 1.15 tengah hari saya menikmati makan tengah hari bersama keluarga . Kemudian saya ke bilik untuk melayari internet . Pada pukul 4.30 saya menonton televisyen . Setelah itu saya mengambil raket dan bermain badminton bersama abang saya. Pada pukul 6.00 petang saya  mandi dan bersembahyang.

Saya makan makanan yang telah dimasak oleh ibu bersama keluarga. Kemudian kami berbual - bual di ruang tamu. Seterusnya, saya ke bilik dan membuat ulang kaji. Pada pukul 11.00 malam saya berasa penat dan mengantuk. Saya menutup lampu dan tidur.

 

     
JURNAL
28 Mei 2016

      Saya bangun pada pukul 8.00 pagi . Saya mengemas katil dan mandi. Kemudian saya, bersarapan dan mula membuat ulang kaji. kemudian , pada pukul 10.30 pagi saya makan kuih yang dibeli oleh ibu saya . Pada pukul 11.00 saya mula membaca buku yang menjelaskan keajaipan sains. Pada pukul 1.30 tengah hari saya menjamu selera makanan yang dimasak oleh ibu . Setelah itu saya bermain permaianan catur dengan abang saya .

      Pada pukul 3.30 petang kami bersiap sedia dan ke Bandar Port Dickson untuk menziarahi nenek. Kami juga membawa buah tangan semasa menziarahi nenek. Kemudian, kami ke kuil yang berdekatan dengan rumah nenek . Setelah bersembahyang  kami terus ke rumah . Masa perjalanan mengambil lebih kurang satu jam . Kami sampai di rumah pada pukul 8.00 malam .

      Setelah sampai , saya mengemas barang. Saya menonton televisyen.  televisyen saya melihat rancangan yang mengaji penciptaan . Saya berasa mengantuk jadi saya ke bilik dan tidur .
JURNAL
27 Mei 2016

        Hari ini merupakan hari yang  gembira. Saya bangun pada pukul 7.00 pagi. Kemudian saya bersarapan dan bersiap sedia. Pada pukul 9.00 pagi saya mengikut ayah untuk membuat urusan di Kuala Lumpur. Masa perjalanan kami mengambil lebih kurang 45 minit . Dalam perjalanan saya melihat bangunan yang mencakar langit. Setelah berurusan kami pulang ke rumah pada pukul 1.00 petang.

      Kemudian saya makan tengah hari. Saya juga bermaian permaian bersama abang saya. Seterusnya saya menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru. Pada sekitar pukul 5.00 petang kami sekeluarga ke  Royal Floria yang berlangsung di Putrajaya.

      Mula - mula kami melawat ilandskap yang dihias bertemakan alam  menggunakan  bahan buangan oleh pelajar - pelajar dari pelbagai sekolah dan universiti. Kemudian kami ke dewan yang mempamerkan hasil karya seni semula jadi oleh syarikat - syarikat swasta dan luar negara. Di situ kami melihat seni - seni dan direka dengan  kacang, bunga - bunga berwarna warni dan sebagainya. Seterusnya kami melawat tempat - tempat yang dihias dengan bunga bungaan oleh negeri- negeri lain seperti Johor , Perak , Pahang dan lain -lain.

      Pada malam itu kami berpeluang untuk menyaksikan'The Magic Night 2016'. Menteri perlancongan hadir untuk merasmikan program tersebut. Penari dari istana budaya negara untuk menyampaikan tarian. Kemudian perarakan bot yang dihias dengan lampu berwarna bagi setiap negeri juga diadakan . Saya mengambil gambar bot - bot tersebut . Akhirnya mereka meletupkan banyak bunga api. Suasana pada malam itu sungguh meriah. Kami sampai di rumah pada pukul 12.00 tengah malam . Saya tidur pada pukul 12.45 tengah malam.
JURNAL
26 Mei 2016

        Hari ini merupakan hari Khamis. Saya bangun pada pukul 7.30 pagi. Saya  bergegas ke bilik air untuk mandi. Saya sambung mengemas kesemua barang saya. Setelah itu saya meletakkan beg- beg saya di korridor asrama. Pada pukul 11.00 pagi saya mengosongkan bilik dan mula membersihkanya. Setelah itu, saya memulangkan kunci bilik kepada warden.

      Kemudian, saya berehat di bilik sementara menunggu ayah datang. Pada pukul 12.30 petang saya ke dewan makan untuk makan tengah hari. Setelah itu, saya ke bilik dan berbaring di atas katil. Pada pukul 2.30 petang ayah saya datang untuk menjemput saya. Saya mengambil bagasi dan meletakkanya di dalam but kereta. Kami pun pulang ke rumah.

     Setelah sampai saya meletak barang di rumah dan menyalin pakaian dan bermain dengan abang saya. Pada pukul 7.00 saya bersembahyang dan menonton televisyen selama setengah jam. Kemudian saya menikmati makanan dan terus ke bilik tidur.  
       
JURNAL
25 Mei 2016

       Hari ini merupakan hari yang menarik  kerana hari ini adalah sambutan hari guru peringkat kolej.  Saya bangun pada pukul 7.00 pagi . Saya memakai pakaian dan  ke dewan serbanguna kerana majlis menyapaian sijil diadakan. Saya mendapat tempat keempat dalam permainan catur .

      Kami dibenarkan balik pada pukul 12.30 . Saya tidak berasa lapar jadi saya terus ke bilik dan meyalin pakaian yang berwarna merah dan hitam kerana itu merupakan kod warna bagi majlis sambutan hari guru. Kemudian saya terus ke dewan serbaguna untuk menolong menceriakan  dewan bersama pelajar - pelajar lain. Saya mengikat belon , menyusun meja dan sebagainya .

       Sambutan bermula dengan melontarkan belon ke arah guru . Kemudian ,  pelajar Kolej Permatapintar Negara menyampaikan beberapa  persembahan . Pelajar juga memberi anugerah kepada para istruktor mengikut perwatakkan mereka . Majlis disambung denagan ucapan instrutor . Akhirnya , para instruktor memotong kek dan pelajar memberi hadiah kepada isrtuktor.Pelajar juga diberi makanan dan minuman .Saya hanya sempat memberi hadiah kepada beberapa cikgu.

     Pada pukul 6.00 saya ke bilik dan mula mengemas semua barang kerana bilik perlu dikosongkan. Lebih kurang puku 8.30 malam rollcall diadakan .Di roll call warden menyatakan tentang cara balik ke rumah.Kemudian saya ke bilik dan bersambung mengemas. Pada pukul 11.00 saya berasa penat lalu tidur.
JURNAL
24 Mei 2016

      Hari ini merupakan hari yang baik . Saya bangun pada pukul 7.00 pagi . Saya membuka tingkap dan mengemas katil . Kemudian, saya meletakkan buku - buku ke dalam beg lalu menuju ke dewan makan untuk bersarapan . Pada pukul 7.50 pagi saya sampai di kelas. Masa pembelajaran  berjalan seperti biasa . Saya ke kefeteria untuk membeli makanan pada pukul 10.00 pagi . Masa pembelajaran juga seperti biasa .

     Pada pukul 12.30 tengah hari saya ke dewan makan untuk makan tengah hari . Kemudian saya ke bilik saya dan berehat . Pada pukul 2.15 petang saya beredar dari  bilik dan terus ke kelas . Akhirnya, kelas berakhir pada 4.30 petang dan saya ke bilik dan mengemas barangan saya . Pada pukul 5.30 petang saya beriadah di dewan serbaguna .
     
     Setelah itu , saya ke dewan makan untuk bermakan malam .  Saya juga ke  kelas prep dan melayari internet . Pada malam ini  juga diadakan rollcall . Saya juga mula mengemas barang saya kerana cuti semester akan menjelang tidak lama lagi. Saya melipat kesemua pakaian saya dan meletanya dalam beg pakaian . Setelah berasa penat saya menutup lampu dan tidur.
JURNAL
23 Mei 2016

       Hari ini saya bangun pada pukul 7.30 kerana perhimpunan telah dibatalkan dan masa pembelajaran akan bermula pada pukul 8.30 pagi. Kemudian saya membuka tingkap dan mengemas katil . Sinaran terang matahari tidak kelihatan kerana cuaca pada hari ini mendung . Saya makan beberapa keping biskut sebagai alas perut dan terus menuju ke kelas . 

        Waktu pembelajaran berjalan seperti biasa . Pada waktu rehat saya ke dewan makan untuk makan kuih . Setelah itu , saya kembali ke kelas. Ahirnya kelas tamat pada pukul 12.30 tengah hari. Kemudian saya ke dewan makan untuk makan tengah hari. Saya terus ke bilik dan berehat. 
Tepat pada pukul 2.00 petang saya mengunci pintu dan menuju ke kelas yang seterusnya .

     Pada pukul 4.30 saya pulang ke bilik dan mengemas buku-buku saya . Pada pukul 5.30 petang saya ke padang untuk bermain . Seterusnya , saya ke dewan makan untuk bermakan malam. Pada pukul 7.00 malam saya ke  billik saya untuk mandi dan berehat . Saya membaca buku tentang manusia . Pada pukul 10.00 malam saya berasa mengantuk . Jadi saya menutup suis lampu dan tidur.     
JURNAL
22 Mei 2016

       Hari ini merupukan hari Ahad. Saya bagun pada pukul 8.00 pagi . Kemudian saya membuka  tingkap dan ke bilik air untuk mandi . Saya makan beberapa keping biskut sebagai alas perut.  Saya mula membuat kerja kerja yang diberi oleh instruktor. Pada pukul 11.00 pagi  saya membaca buku rujukkan Kimia .

Pada pukul 12.30 tengah hari saya ke dewan makan untuk makan tengah hari . Kemudian , saya ke bilik saya dan sambung membuat kerja rumah yang perlu dihatar pada esok .

Pada pukul 5.30 petang saya ke dewan serbaguna untuk bermain badminton dengan kawan - kawan. Kemudian saya ke dewan makan untuk bermakan malam . Saya terus ke bilik dan mandi . Kemudian saya mengemas barang saya dan tidur pada pukul 9.30 malam.
JURNAL
21 Mei 2016

           Hari ini merupakan hari Sabtu . Saya bangun pada pukul  9.00 pagi .  Kemudian , saya bersarapan dan mula membuat kerja rumah yang diberi oleh instruktor . Pada pukul 12.30 tengah hari saya terus menuju ke dewan makan untuk menjamak makanan . Setelah itu saya balik ke bilik dan ke bilik kawan - kawan. Kami beramah mesra sambil menikmati makanan ringan.

          Pada pukul 3.00 petang saya  ke bilik dan membuat kerja rumah .Pada pukul 5.30 petang saya ke padang untuk bermain. Kemudian , saya ke dewan makan untuk bermakan malam. Kemudian saya ke bilik dan mandi . Seterusnya saya melayari internet .
 
         Pada pukul 10.00 malam saya ke dewan makan  untuk membeli makanan dan pulang ke bilik. Kemudian saya  menutup suis lampu lalu tidur .
JURNAL
20 Mei 2016
              Hari ini merupakan hari yang indah. Saya bangun pada pukul  7.00 pagi.  Kemudian , saya membuka tirai dan tingkap lalu mengemas katil . Saya terus ke  bilik air untuk mandi . Saya meletakkan buku dan alatan  tulis  di dalam beg dan terus ke dewan makan untuk bersarapan . Setelah itu , saya ke  kelas dan mengikuti kelas seperti biasa . 
         
             Masa pembelajaran tamat pada pukul 12.30 tengah hari . Saya terus ke dewan makan untuk makan tengah hari . Kemudian , saya ke bilik saya dan berehat . Pada pukul 4.45 petang  saya mengemas barang saya . Setelah itu saya ke dewan serbaguna untuk bermain badminton.Setelah itu , saya ke dewan makan untuk  bermakan malam . 

Pada pukul 6.50 petang ayah saya melawat saya dan saya memberi pakaian yang telah diguna . Pada pukul 8.00 malam saya  mengemas meja dan melayari internet . Pada pukul 10.00 malam saya menutup lampu dan tidur.
              
JURNAL
19 Mei 2016

      Hari ini merupakan hari peperiksaan . Saya bangun pada pukul 7.30 pagi . Kemudian saya mengemas katil dan mandi . Saya ke dewan makan untuk bersarapan . Kemudian saya balik ke bilik dan sambung membuat ulang kaji bagi subjek Fizik .

Saya ke dewan peperiksaan pada pukul 8.45 pagi . Saya berdoa kepada tuhan dan bermula menjawab kertas soalan .Peperiksaan berakhir pada pukul 11.00 pagi . Saya ke bilik dan berehat . Hari ini saya tidak ke dewan makan kerana tidak lapar .

      Saya membersihkan bilik dan mengemas rak buku dan meja . Kemudian saya tidur tidur ayam selama 30 minit . Pada pukul 5.30 saya ke padang untuk bermain . Kemudian, saya ke dewan makan untuk bermakan malam .

   Setelah itu saya ke bilik dan mandi . Saya juga berehat selama sejam. Pada pukul 9.00 malam saya ke dewan makan untuk membeli makanan . Saya berasa mengantuk pada pukul 10.30 malam . Jadi saya menutup suis lampu dan tidur.
JURNAL
18 Mei 2016 

         Saya bangun awal pada pukul 7.00 pagi. Saya membuka tingkap dan terus ke bilik air untuk mandi . Saya  bermula membuat ulang kaji bagi subjek Biologi. Saya membaca buku 
rujukkan , nota ringkas dan sebagainya . Saya ke dewan peperiksaan pada pukul 8.45 pagi . Saya berdoa kepada tuhan dan mula menjawab soalan . Setelah menjawab saya meyemak semula jawapan saya . Peperiksaan berakhir  pada pukul 11.00 pagi dan saya terus  berjalan ke bilik untuk membuat ulang kaji bagi mata pelajaran seterusnya.

        Saya mengulang kaji menggunakan buku rujukkan yang disyorkan oleh  instruktor . Saya juga melihat latihan yang telah saya  buat selama ini . Pada pukul 12.30 tengah hari saya ke dewan makan untuk makan tengah hari. Kemudian saya balik ke bilik dan bersambung membuat ulang kaji . Saya ke dewan peperiksaan pada pukul  2.15 petang . Saya menjawab soalan dengan tekun . Masa menjawab tamat pada pukul 4.30 petang . Kemudian , saya berehat sebentar.

      Pada pukul 6.30 saya ke dewan makan utuk makan  malam . Kemudian saya ke bilik dan sambung membuat  ulang kaji . Saya membuat ulang kaji untuk subjek Fizik . Akhirnya ,saya berasa mengantuk dan tidur pada pukul 12.00 malam .
JURNAL
17 Mei 2016 

         Hari ini merupakan hari yang penting iaitu hari peperiksaan jadi saya bangun awal pada pukul 7.00 pagi . Saya terus membuka tingkap untuk menghirup udara yang segar . Kemudian saya mandi dan mengemas katil . Saya bersiap sedia dan ke dewan makan untuk bersarapan . Saya balik ke bilik dan bermula membuat ulang kaji yang terakhir bagi peperiksaan Kimia . Saya juga mengimbas kembali formula - formula . Pada pukul   8.45 pagi saya memasukki dewan peperiksaan dan mula menjawabnya.Ujian berakhir pada pukul 11.00 pagi .Saya terus ke bilik dan mula membuat ulang kaji untuk peperiksaan falsafah 

       Pada pukul 12.30 tengah hari saya ke dewan makan untuk menjamak makanan. Kemudian saya  balik ke bilik dan berehat .Pada pukul 2.00 pula saya beredar dari bilik dan terus ke  auditorium untuk menjawab peperiksaan . Peperiksaan dijalankan pada pukul  2.30 petang hingga 
3.30 petang. Selepas habis peperiksaan saya berjalan pantas ke bilik dan tidur selama 1 jam .
Kemudian , saya ke dewan makan untuk bermakan malam . 

      Pada pukul 7.00 saya balik ke bilik dan menyalin pakaian . Saya memulakan ulang kaji saya . Saya membuat ulang kaji untuk peperiksaan Biologi dan Matematik. Jam menunjukkan pukul 12.30 pagi . Saya berasa mengantuk . Jadi saya menutup lampu dan tidur. 
JURNAL
16 Mei 2016
       
                 Saya bangun awal pada pukul 7.30 pagi . Setelah bangun , saya membuka tingkap dan menghirup udara yang segar. Saya mengemas katil saya lalu membawa tuala dan mandi . Saya terus menyalin pakaian dan ke dewan makan untuk bersarapan. Kemudian saya balik ke bilik dan membuat ulang kaji untuk peperiksaan Bahasa Perancis . Tepat pada pukul 8.25 pagi saya beredar dari bilik dan terus berjalan pantas ke auditorium kerana peperiksaan akan dimulakan tidak lama lagi.
     
       Saya memasuki dewan peperiksaan pada pukul 8.45 pagi dengan alatan tulis . Sebelum bermula menjawab soalan saya berdoa kepada tuhan . Walapun kertas soalan susah saya berusaha untuk menjawabnya dengan betul . Peperiksaan tamat pada pukul 11.00 pagi . Saya berjalan pantas ke bilik dan berehat sebentar . Pada pukul 12.30 saya menuju ke dewan makan untuk makan tengah hari .

       Kemudian saya ke  bilik untuk membuat ulang kaji bagi peperiksaan Pendidikan Moral . Saya membaca nota yang diberi oleh guru . Saya ke auditorium dan menunggu di situ . Saya memasuki dewan peperiksaan pada pukul 1.45 petang . Saya menjawab kesemua soalan dengan yakin . Masa menjawab pun tamat . Saya berjalan pantas ke bilik dan bermula membuat ulang kaji dengan tekun saya membuat ulang kaji untuk peperiksaan Kimia dan Falsafah. Saya membaca buku rujukkan dan nota - nota ringkas yang diberi oleh  istruktor.
 
     Saya juga melayari internet dan membaca informasi terkini . Saya membuat ulang kaji hingga larut malam . Pada pukul 1.00 pagi saya  menutup suis lampu dan tidur .
JURNAL
15 Mei 2016

        Saya bagun pagi pada pukul  8.30. Saya mengemas katil saya dan ke bilik air untuk mandi .
Kemudian saya makan biskut dan roti sebagai sarapan . Saya terus membuat ulang kaji kerana hari keesokkanya adalah peperiksaan . Jadi saya membuat ulang kaji dengan tekun. Pada pukul 10.30 pagi pula saya ke dewan makan untuk makan kuih dan kembali ke bilik dan bersambung membuat ulang kaji bagi peperiksaan. Pada pukul 12.30 tengah hari saya ke dewan makan untuk makan tengah hari .

   Saya ke bilik dan berehat sekejap dan mula membuat ulang kaji untuk Bahasa Perancis . Untuk peperiksaan Bahasa Perancis saya membaca tatabahasa dan perkataan - perkataan . Bagi ujian Moral saya membaca nilai - nilai murni dan maksudnya . Setelah membaca saya menyalin pakaian dan ke padang untuk bermain . Jam menunjukkan pukul 6.15 saya beredar dari padang dan terus ke dewan makan untuk bermakan malam . Pada pukul 7.00 petang saya ke bilik dan sambung membuat ulang kaji.
   
      Saya juga melayari internet untuk mengulang kaji. Setelah berasa penat saya meletakkan barang saya dengan kemas. Kemudian , saya menutup suis lampu lalu tidur .
JURNAL
14 Mei 2016
     
         Hari ini merupakan hari yang indah . Saya bangun pada pukul 7.30 pagi . Saya terus membuka tingkap . Saya dapat melihat sinar cahaya matahari ,burung berterbangan dan pokok- pokok yang hijau. Kemudian, saya mengemas katil dan mandi . Selepas itu saya  ke dewan makan untuk bersarapan . Saya mengemas  meja dan meletakkan buku - buku di rak . Saya juga membuat ulang kaji untuk  Peperiksaan Bahasa antarabangsa iaitu Bahasa Perancis  dan  Bahasa Moral.

        Tepat pada pukul 12.30 tengah hari saya terus ke dewan makan untuk makan tengah hari. Selepas setengah jam saya ke bilik saya dan bersambung membuat ulang kaji . Setelah berasa penat saya mengambil keputusan untuk tidur selama sejam. Selepas sejam , saya ke padang untuk beriadah. Kemudian saya ke dewan makan untuk bermakan malam bersama kawan.

      Seterusnya, saya ke bilik saya dan bersambung membuat ulang kaji bagi peperiksaan yang bakal tiba . Waktu prep bagi hari ini tidak diwajibkan. Jadi, saya hanya  membuat ulang kaji di bilik . Pada pukul 11.30 malam saya menutup lampu dan tidur.

JURNAL
13 Mei 2016

           Hari ini merupakan hari Jumaat . Saya bangun pada pukul  8.00 pagi . Setelah bangun , saya mengemas katil dan mandi . Saya makan makanan yang ada di bilik saya . Kemudian pada pukul
10.00 pagi saya bersiap sedia dan ke kelas . Di kelas saya berbincang tentang pelajaran . Saya  terus berjalan ke dewan makan untuk menjamak makanan. Pada pukul 1.00 tengah hari saya balik ke bilik dan mula membuat ulang kaji . Saya juga ke bilik kawan - kawan untuk berbincang dan membuat ulang kaji bagi persediaan peperiksaan.

         Setelah lama membuat ulang kaji bersama kawan - kawan saya balik ke bilik dan tidur tidur ayam selama setengah jam . Jam menunjukkan pukul 4.30 petang . Saya mengemas buku - buku saya dan terus ke padang untuk bermain . Kemudian, saya ke dewan makan untuk bermakan malam . Saya berjalan ke bilik dan mula membuat ulang kaji . Kemudian , ayah  datang melawat saya dan memberi barangan dan saya memberi pakaian yang telah diguna. Kemudian, saya membuat ulang kaji buku - buku rujukkan dan nota nota yang diberi oleh instrutor. Saya juga melayari internet untuk mendapatkan maklumat yang terkini .

         Setelah penat membuat ulang kaji , saya ke dewan makan untuk membeli makanan. Kemudian , saya ke bilik dan membuat ulang kaji . Akhirnya saya berasa mengantuk dan terus tidur .
JURNAL
12 Mei 2016

        Hari ini merupakan hari yang baik. saya bangun pada pukul 8.00 pagi. Saya menggosok gigi dan mengemas katil saya . Kemudian , saya makan beberapa keping biskut. Saya mengemas meja saya dan meletakkan buku- buku di atas rak. Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah hari . Tanpa berlengah saya terus menuju ke dewan makan untuk makan tengah hari.

        Saya balik ke bilik pada pukul 1.00 tengah hari. Saya mula membuat kerja rumah yang diberi oleh instruktor. Setelah membuat kerja rumah untuk masa yang lama saya berasa penat jadi saya tidur. Tepat pada pukul 4.45 petang saya bangun dan mengikuti aktiviti riadah. Pada pukul 6.20 petang saya ke dewan makan untuk menimati makanan yang disediakan.

       Pada pukul 7.00 petang saya menggsok pakaian yang berkedut. Setelah  menggosk pakaian , saya mengambil buku Bahasa Perancis dan menuju ke kelas Bahasa Perancis. Akhirnya, kelas Perancis berakhir pada pukul 8.15 petang . Kemudian saya ke bilik dan membuat kerja rumah yang diberi oleh para instrutor. Pada pukul 10.30 malam saya berasa penat. Jadi saya menutup lampu dan tidur.
JURNAL
11 Mei 2016


    Saya bangun lewat pada pukul 9.00 kerana hari ini tiada peperiksaan.Setelah bangun saya mengemas katil dan mandi. Saya terus ke dewan makan untuk makan kuih . Kemudian saya balik ke bilik dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat . Saya mula membuat ulang kaji.Pada pukul 12.30 tengah hari pula saya bersama kawan bermakan tengah hari.

         Saya ke bilik saya dan tidur tidur ayam supaya dapat menghilangkan  rasa penat . Kemudian , saya membuat ulang kaji untuk peperiksaan yang akan datang. Pada pukul 5.30 saya beriadah dengan kawan . Pada pukul 6.30 petang saya  bermakan malam di dewan makan .

      Setelah makan saya ke bilik saya dan menyalin pakaian lalu bersambung membuat ulang kaji untuk peperiksaan . Pada pukul 10.00 malam pula saya ke dewan makan dan membeli makanan . Pada pukul 11.00 menutup lampu dan tidur.



JURNAL
10 Mei 2016

        Hari ini merupakan hari yang indah. Saya bangun pada pukul 7.00 pagi . Saya  terus  membuka tingkap lalu  ke bilik  air untuk mandi. Saya menyalin pakaian dan ke kafeteria untuk membeli makanan . Setelah membeli  makanan saya balik ke bilik dan menikmatinya. Kemudian, saya mengemas katil saya dan membuat ulang kaji. Pada pukul 12.30 saya ke dewan makan untuk makan tengah hari. Saya balik ke bilik dan menyambung ulang kaji.

        Tepat pada pukul 1.50 tengah hari saya meletakkan alatan tulis ke dalam beg dan bersiap sedia untuk   peperiksaan . Saya beredar  dari bilik menuju ke auditorium , memasuki dewan peperiksan.Peperiksaan Bahasa Inggeris dijalankan pada pukul 2.30 hingga 4.30 . Setelah, peperiksaan tamat saya berjalan ke bilik saya dan mengemas barang saya lalu berehat seketika.


        Pada pukul 6.30 petang saya menuju ke dewan makan untuk bermakan malam . Kemudian , saya  pulang ke bilik dan membuat ulang kaji bagi beberapa subjek. Saya berasa penat  , lalu menutup lampu dan tidur.

Friday, 3 June 2016

JURNAL
9 Mei 2016

     Saya bangun awal pada pukul  5.30 pagi . Saya mandi dan memakai pakaian seragam Kolej Permatapintar Negara . Selepas itu saya meletakkan  buku - buku dan alatan tulis ke dalam beg lalu   mengulang kaji bagi menghadapi peperiksaan Bahasa Melayu .Selepas mengulang kaji , saya memakan biskut . Saya ke auditorium pada pukul 8.30 pagi kerana ujian akan bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 pagi . Saya masuk ke dalam dewan peperiksaan pada pukul 9.45. Para instruktor memberi arahan dan  penerangan .

   Ujian  bermula , saya  berdoa lalu  menjawab peperiksaan dengan tekun. Selepas ujian berakhir saya ke dewan makan untuk memakan kuih . Saya ke bilik saya berehat dan ke dewan makan semula pada pukul 12.30 petang. Saya terus ke bilik untuk membaca buku sejarah .Saya membaca nota - nota penting . Kemudian , saya ke auditorium untuk peperiksaan .

  Di situ saya membuat ulang kaji yang terakhir pada pukul 2.15 petang .Saya memasuki dewan peperiksaan , Saya berasa gementar. Saya  menjawab semua soalan dan menyemak  jawapan saya semula. Peperiksaan tamat  pada pukul 4.30, tanpa membuang masa saya terus ke bilik dan mula membuat ulang kaji untuk ujian Bahasa Inggeris. Pada pukul 6.15 petang saya ke dewan makan untuk  bermakan malam .

    Prep untuk hari ini adalah tidak diwajibkan  dan saya menambil keputusan untuk berada di dalam bilik . Saya mengemas barang lalu membuat ulang kaji . Pada pukul 10.00 saya menutup lampu dan tidur.
JURNAL
7 Mei 2016

     Saya bangun pada pukul 8.30 pagi kerana hari ini merupakan hari sabtu dan tiada kelas. Selepas bangun saya terus membuka  tingkap dan melihat cahaya mata hari yang sinar  terang . Saya terus membawa tuala  dan terus mandi . Kemudian , saya makan biskut  sebagai sarapan pagi . Selepas makan , saya mengejutkan kawan sebilik saya  pada puku 9.00 pagi. Saya mula mengemas bilik saya seperti mengemas katil, meja dan rak saya . Saya juga menyapu lantai dan mengelap meja saya .
       
        Selepas membersihkannya , saya berasa penat jadi saya memanaskan air dan membancuh  kopi  untuk  diminum . Jam menunjukan pukul 12.35 tengah hari . Pada hari itu saya tidak rasa lapar jadi saya tidak ke dewan makan untuk makan  tengh hari . Saya berasa penat jadi saya tidur tidur ayam bagi menghilangan rasa penat . Selepas tidur , saya mula membuat kerja rumah  yang diberi oleh guru. Selepas membuatnya  saya ke dewan serbaguna untuk bermain badminton pada pukul 5.30 petang .

        Selepas bermain saya ke dewan makan untuk bermakan malam pada pukul 6.25 petang . Selepas bermakan malam dengan kawan - kawan saya ke bilik lalu mandi. Selepas itu saya melayari internet. Kemudian saya membuat ulang kaji. Selepas membuat ulang kaji , saya mengemas katil dan meja lalu tidur pada pukul  11.30 malam.
JURNAL
6 Mei 2016

       
   Saya mendengar bunyi jam berdering lalu saya bangun dan mengemas katil . Kemudian saya , mandi dan  mensterika pakaian dan memakainya . Saya membuka tirai dan tingkap untuk mendapat udara yang segar. Saya meletakkan buku  rujukan saya di dalam beg lalu memakan sebiji buah epal supaya tidak berasa lapar . Saya memakai kasut dan lari ke deawn serbaguna untuk perhimpunan. Di perhimpunan kami menyanyikan lagu Negaraku.

    Kemudian,  saya mengikuti kelas . Kelas tamat pada pukul 10.00 pagi. Saya  ke dewan makan untuk makan kuih . Selepas itu, saya ke kelas . Selepas dua kelas tamat saya beredar dari kelas untuk  makan tengah hari pada pukul  12.45 tengah hari . Selepas menjamak makanan  saya ke bilik untuk membuat ulang kaji kerana  peperiksaan semakin hampir . Sebelum saya  ulang kaji saya berehat sebentar . Pada pukul 2.00 petang saya mengemas buku-buku saya lalu ke kelas untuk belajar .

       Pada pukul 4.40 saya balik ke bilik saya dan mengumpulkan semua pakaian yang  telah dipakai di dalam bakul . Saya berasa penat oleh itu saya berehat sebentar . Pada pukul 5.30 ayah saya mengunjungi saya dan saya memberi  pakaian yang telah digunakan kepada ayah . Kemudian saya  tidak ke  dewan makan kerana saya makan makanan yang dibawa dari rumah . Selepas itu, saya mengemas meja saya dan  meletakkan  buku- buku  di dalam beg  lalu menuju ke kelas untuk sesi prep .
 
    Saya  membuat kerja rumah dan assigment . Pada pukul 10.00 malam saya mengemas barang dan pergi ke bilik . Pada hari ini saya berasa  terlalu penat jadi saya tidur pada pukul 11.00 malam .
           
         
JURNAL
5 Mei 2016

   Saya bagun pada pukul 6.45 pagi . Saya terus berisiap sedia dan mengemas katil saya . Kemudian, saya  meletakkan buku - buku ke dalam beg . Saya makan sebiji buah pear sebagai alas perut. Saya terus menuju ke dewan serbaguna untuk perhimpunan . Selepas perhimpunan , saya ke kelas untuk belajar .

  Pada pukul 12.30 tengah hari saya   ke dewan makan untuk makan tengah hari . Setelah makan , saya ke bilik saya untuk  membuat ulang kaji untuk mata pelajaran yang seterusnya . Pada  pukul  2.10  petang saya menukar pakaian dan terus ke kelas yang seterusnya .

 Tepat pada pukul 4.40 petang saya  beredar dari kelas dan menuju ke bilik saya dan bersiap ke dewan serbaguna untuk bermain badminton  dengan kawan - kawan saya . Kemudian saya bergerak ke dewan makan untuk bermakan malam . Selepas itu saya, mandi dan mengemas meja saya . Pada pukul 8.00 malam saya ke kelas prep . Di kelas prep pula saya  menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh instruktor.

    Jam menunjukkan pukul 10.00  malam . Saya   keluar dari kelas dan ke dewan makan untuk membeli makanan dan terus ke bilik . Sebelum tidur saya  membuat ulang kaji hingga larut malam. Kemudian saya rasa  mengantuk lalu saya  menutup lampu dan tidur .


JURNAL
8 Mei 2016


         Hari ini merupakan hari Ahad .Saya bangun pada pukul 9.30 pagi. Setelah saya bangun , saya  terus menggosok gigi dan mandi . Kemudian, pada pukul  10.00 pagi saya pergi ke dewan makan untuk  menikmati sarapan yang disediakan. Kemudian saya mensterika pakaian yang saya hendak pakai pada hari ini . Kemudian , saya mengemas katil dan mengemas almari pakaian  supaya pakaian lebih teratur.

       Pada pukul 12.30 tengah hari saya makan tengah hari bersama kawan saya . Selepas makan saya  terus menuju ke bilik saya pada pukul 1.00 tengah hari . Saya mula membuat kerja rumah yang diberi oleh instruktor . Kemudian , saya berehat seketika dan bersiap sedia untuk beriadah . Saya ke dewan serbaguna  untuk bermain badminton . Selepas penat bermain badminton dengan kawan - kawan saya ke dewan makan untuk bermakan malam .

     Pada pukul 6.45  petang ayah saya datang memberi pakaian dan beberapa barangan . Saya  berterima kasih keada ayah lalu menaiki tangga menuju ke bilik . Selepas mandi jam menunjukan 7.45 petang . Saya  tergesa-gesa ke kelas prep .

    Di waktu prep , saya membuat ulang kaji tentang  subjek  kimia , dan biologi. Pada pukul 10.00 malam saya  ke blok asrama kerana ada rollcall. Rollcall tamat pada pukul 11.00 malam. Kemudian saya ke bilik mengemas barang lalu tidur .