Translate

Wednesday 8 March 2017

JURNAL 
24 FEBRUARI 2017

Saya bangun pada jam 7.15 pagi pada hari ini. Selepas persiapan diri seperti menggosok gigi dan menukar baju, saya turun ke dewan makan lebih kurang pada jam 7.30 pagi untuk sarapan pagi. Pada pukul 7.40 pagi, saya bergerak ke belakang dewan serbaguna untuk perhimpunan pagi kerana dewan serbaguna sedang diguna. Selepas perhimpunan pagi, kami bergerak ke makmal Fizik pada jam 7.55 pagi untuk kelas Fizik. Hari ini, kami membuat latihan ulang kaji untuk peperiksaan akan datang, pada 10 November, hanya seminggu lagi. Kelas seterusnya adalah prep.
  
Pada jam 10.00 pagi, saya pergi ke kafeteria untuk minum pagi. Saya membeli ayam goreng dan air minuman yang berjumlah RM 5.50 dan saya bergerak ke kelas seterusnya pada jam 10.25 pagi, iaitu kelas Matematik. Hari ini, kami masuk bab terakhir untuk tahun ini, iaitu 'Rates'. Kami membuat latihan yang terdapat dalam buku Big Ideas yang berwarna merah jambu. Selama dua jam ini, saya dan Vinesh berjaya menghabiskan semua latihan dan menghantar latihan tersebut sebelum bergerak ke dewan makan pada jam 12.30 petang untuk makan tengah hari.
 
 Tidak banyak yang berlaku pada petang itu kerana saya tidak ada kelas. Selepas mandi, saya membuat laporan eksperimen Kimia yang perlu dihatarkan pada keesokan hari dan pembentangan Sejarah. Saya juga menulis jurnal pada waktu ini. Selepas makan malam pada jam 6.15 petang, saya balik ke bilik untuk berehat sebentar sebelum pergi ke kelas prep pada jam 8.00 malam. Pada jam 9.00 malam, semua pelajar pergi ke dewan makan untuk ceramah malam ini. Sebelum balik ke bilik untuk tidur lebih kurang pada jam 10.15 malam, saya pergi ke koperasi untuk membeli nasi goreng untuk mengisikan perut.

No comments:

Post a Comment