Translate

Wednesday 8 March 2017

JURNAL
23 FEBRUARI 2017

Saya bangun pada jam 7.00 pagi pada hari ini, Selepas menggosok gigi, mandi dan menukar baju, saya turun ke dewan makan untuk sarapan pagi.

  Selepas perhimpunan pagi di dewan serbaguna, kami ada kelas Jatidiri di dewan serbaguna. Kami melakukan aktiviti 'surat kepada sahabat' pada hari ini. Selepas itu, kami pergi ke kelas untuk kelas prep. Saya dan Zack menumpang kelas Matematik 2K2. Cikgu juga memberikan latihan ungkapan algebra kepada kami. Selepas minum pagi di kafeteria, saya bergerak ke makmal bahasa untuk kelas Bahasa Melayu. Oleh sebab cikgu ada mesyuarat, cikgu hanya masuk kelas selama lebih kurang 15 minit. 


   Selepas itu, kami bergerak ke makmal Fizik untuk kelas Fizik. Hari ini, kami belajar tentang graf sesaran-masa dan halaju-masa. Selepas mengambil makanan di dewan makan balik ke bilik saya untuk dimakan bersama teh tarik.

  Pada jam 2.30 petang, saya bergerak ke dewan serbaguna untuk taklimat tentang peperiksaan akan datang. Peperiksaan kali ini akan bermula pada 14 Mac hingga 17 Mac. Taklimat tersebut tamat pada jam 4.00 petang. Selepas itu, saya balik ke bilik saya untuk berehat.


  Pada pukul 8.00 malam, saya pergi ke kelas asasi untuk kelas prep. Saya membuat journal Bahasa Melayu, refleksi Jatidiri dan belajar Biologi kerana ada quiz Biologi pada Sabtu ini.


  Sebelum balik ke bilik untuk tidur, saya pergi ke koperasi untuk membeli barang keperluan.

No comments:

Post a Comment