JURNAL
28 FEBUARI 2017
Hari ini merupakan hari pertama kami ada kelas selepas cuti Tahun Baru Cina. Saya bangun pada pukul 7:00 pagi dan terus ke bilik untuk madi serta menggosok gigi. Selepas membuat persiapan diri, saya bersarapan di dewan makan. Hari ini dewan makan menyediakan nasi goreng dengan telur. Selepas itu, saya pergi ke dewan serbaguna harian. Perhimpunan tersebut tamat pada jam 8:00 pagi.
Kemudian saya bersama rakan sekelas bergerak ke kelas pertama iaitu research dengan Miss Ing di makmal biologi. Seterusnya saya bersama Zach ke kelas prep sementara menunggu budak muslim habis PAI. Pada pukul 10:00 pagi saya ke dewan makan untuk menikmati hidangan minum pagi yang disediakan. Pada pukul 10:30 pagi saya bergerak ke kelas Bahasa Melayu bersama cikgu sampai pukul 11:10. Untuk tahun ini kami diberi tiga pilihan subjek elektif iaitu seni visual, seni persembahan dan perdagangan.
Selepas makan tengah hari di dewan makan, saya balik ke bilik saya. Memandangkan pada pukul 2:00 petang hanya ada prep saya pun tidur. Oleh sebab hanya ada prep saya bangun lambat dan kemudian ke kelas prep saya. Selepas mandi, saya ke dewan makan untuk makan malam. Pada pukul 7:15 malam saya dengan semua budak non muslim telah ke bilik gerakan untuk sesi moral dan kemudian ke kelas prep selama 2 jam. Selepas minum malam saya balik bilik dan terus tidur.
No comments:
Post a Comment