Translate

Wednesday, 8 March 2017

JURNAL 
25 FEBRUARI 2017


Saya bangun pada jam 7.00 pagi pada hari ini. Selepas persiapan diri seperti mengosok gigi dan menukar baju, saya turun ke dewan makan lebih kurang pada jam 7.30 pagi untuk makan pagi. Selepas itu, saya pergi ke dewan serbaguna pada jam 7.45 pagi untuk perhimpunan harian. Perhimpunan tersebut tamat pada jam 8.00 pagi dan kita bergerak ke kelas pertama untuk hari itu, iaitu SC di bilik gerakan pelajar dan seterusnya, ke kelas Biologi pada jam 8.40 pagi. Kelas seteursnya adalah kelas Kimia di makmal kimia. Selepas rehat pada jam 10.00, kita bergerak ke kelas Fizik pada11.10 pagi dan Muzik pada 11.50 pagi.

  Selepas makan tengah hari di dewan makan, saya balik ke bilik saya untuk berehat, mandi dan membuat kerja rumah. Saya makan malam pada jam 6.45 petang dan pergi ke bilik gerakan pelajar untuk slot moral pada jam 7.25 petang dan seterusnya, prep pada jam 8.00 hingga jam 10.00 malam. Sebelum balik ke bilik untuk tidur malam, saya pergi ke dewan makan untuk supper dan membeli makanan ringan di koperasi.

No comments:

Post a Comment