Translate

Tuesday, 7 March 2017

JURNAL
21 FEBRUARI 2017

Hari ini merupakan hari yang baik . Saya bangun pada pukul 7.00 pagi . Saya membuka tingkap dan mengemas katil . Kemudian, saya meletakkan buku - buku ke dalam beg lalu menuju ke dewan makan untuk bersarapan . Pada pukul 7.50 pagi saya sampai di kelas. Masa pembelajaran  berjalan seperti biasa . Saya ke kefeteria untuk membeli makanan pada pukul 10.00 pagi . Masa pembelajaran juga seperti biasa .

     Pada pukul 12.30 tengah hari saya ke dewan makan untuk makan tengah hari . Kemudian saya ke bilik saya dan berehat . Pada pukul 2.15 petang saya beredar dari  bilik dan terus ke kelas . Akhirnya, kelas berakhir pada 4.30 petang dan saya ke bilik dan mengemas barangan saya . Pada pukul 5.30 petang saya beriadah di dewan serbaguna .
      
     Setelah itu , saya ke dewan makan untuk bermakan malam .  Saya juga ke  kelas prep dan melayari internet . Pada malam ini  juga diadakan rollcall . Saya juga mula mengemas barang saya kerana cuti semester akan menjelang tidak lama lagi. Saya melipat kesemua pakaian saya dan meletanya dalam beg pakaian . Setelah berasa penat saya menutup lampu dan tidur.

No comments:

Post a Comment