BM 1 - SET 2
BAHAGIAN A
CIRI-CIRI PENGGUNA BIJAK
Pada masa ini ekonomi dunia telah jatuh dan perbincangan penggunan bijak telah berlangsung hangat . Justeru, semua
pihak mestilah beriltizam dan komited untuk menjadi seorang pegguna yang bijak kerana di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan.. Hal ini demikian kerana, harga sesuatu barangan yang dibuat perbandingan terlebinh dahulu dapat
mengelakkan pengguna daripada dieksploitasi oleh peniaga yang bersifat lintah darah. Dengan berbuat
demikian, pengguna yang bijak dapat memilih barangan pada harga yang lebih murah tetapi berkualiti.
Sebagai contoh, seseorang pengguna tidak terlalu ghairah dengan pelbagai tawaran menarik daripada
jualan murah yang dipromosikan. Sebaliknya, mereka perlulah membuat perbandingan harga barangan
tersebut terlebih dahulu kerana biar alah membeli asal menang memakai. Tegasnya, pengguna yang
membuat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu
barangan dapat dikategorikan sebagai pengguna yang bijak.
Selain itu, membeli barangan yang berkualiti juga merupakan antara kriteria pengguna yang
bijak.
Saya berpendapat demikian kerana barangan berkualiti yang dibeli oleh pengguna dapat memberi
kepuasan yang maksimum kepada mereka berbanding dengan barangan tiruan. Dalam konteks ini,
pengguna yang membeli barangan yang berkualiti tidak berkira tentang harga sesuatu produk asalkan
mereka memperoleh nilai faedah yang tinggi daripada barangan tersebut. Cuba kita bayangkan, jika
pengguna tidak membeli barangan yang berkualiti mungkin mereka akan terdedah kepada pelbagai risiko
penipuan
Buktinya, kerajaan sentiasa menyarankan para pengguna supaya membeli barang yang
berkualiti melalui pelbagai media massa dan dalam masa yang sama, kerajaan amat serius dalam
membanteras barangan tiruan. Bagaikan sudah terang lagi bersuluh, pengguna yang mengutamakan
pembelian barangan yang berkualiti dapat digolongkan sebagai pengguna yang bijak.
Elemen-elemen pengguna bijak yang berikutnya ialah membuat senarai barang sebelum
membeli. Analoginya cukup mudah. Senarai barang yang dibuat sebelum membeli akan banyak membantu
pengguna daripada membeli secara boros dan membazir kerana perbuatan membazir itu.
Hal ini bermaksud, seseorang pengguna seharusnya merancang pembelian terlebih dahulu agar
mereka tidak mudah terpesona dengan pelbagai tawaran yang ada kalanya bersifat ada udang di sebalik
batu. Realitinya pada hari ini, pengguna sudah kurang membuat senarai barangan untuk dibeli kerana
mereka terpengaruh dengan kaedah beli-belah yang bersifat “window shopping” yang menjadi trend
masyarakat pada hari ini. Justeru, saya optimis pengguna yang membuat senarai barangan terlebih dahulu
sebelum membeli merupakan pengguna yang menepati ciri-ciri pengguna yang bijak.
Sebagai natijahnya, setiap pengguna mestilah berusaha untuk menjadi pengguna yang bijak
supaya tidak mudah dieksploitasi dan dimanipulasi oleh peniaga yang sentiasa mengintai peluang untuk
mengaut keuntungan dengan cara yang tidak bermoral. Kita mestilah menggembleng tenaga untuk
merealisasikannya kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya!
No comments:
Post a Comment