Translate

Tuesday, 4 April 2017

JURNAL 
1 MAC 2017

Saya bangun pada jam 7.00 pagi pada hari ini. Selepas persiapan diri, saya turun ke dewan makan untuk makan pagi. Makanan pada hari ini adalah telur dan mi goreng. Selepas perhimpunan pagi, saya bergerak ke kelas prep. Selepas itu, kami bergerak ke kelas Bahasa Inggeris. Hari ini, kami membincangkan tentang kerja cuti raya. Selepas itu, saya bergerak ke dewan makan untuk minum pagi. 

  Pada pukul 10.30 pagi, saya bergerak ke kelas Sejarah. Hari ini, cikgu memberikan kami tugasan yang perlu dihabiskan pada hari Jumaat. Selepas itu, kami bergerak ke bilik gerakan pelajar untuk kelas Biologi.


  Selepas makan tengah hari di dewan makan, saya balik ke bilik untuk berehat dan bergerak ke kelas Kimia pada pukul 2.30 petang. Hari ini, kami disuruh menghafal elemen yang terdapat dalam kumpulan satu, dua dan tiga belas hingga lapan belas. Saya balik ke bilik pada jam 3.30 petang kerana kelas Biologi telah digantikan.


  Selepas mandi dan makan malam, saya ke bilik gerakan pelajar untuk sesi moral dan kemudian ke kelas prep dari jam 8 sehingga 10 malam. Selepas supper saya balik ke bilik untuk menyiapkan jurnal saya.

No comments:

Post a Comment