JURNAL
28 FEBUARI 2017
Hari ini merupakan hari pertama kami ada kelas selepas cuti Tahun Baru Cina. Saya bangun pada pukul 7:00 pagi dan terus ke bilik untuk madi serta menggosok gigi. Selepas membuat persiapan diri, saya bersarapan di dewan makan. Hari ini dewan makan menyediakan nasi goreng dengan telur. Selepas itu, saya pergi ke dewan serbaguna harian. Perhimpunan tersebut tamat pada jam 8:00 pagi.
Kemudian saya bersama rakan sekelas bergerak ke kelas pertama iaitu research dengan Miss Ing di makmal biologi. Seterusnya saya bersama Zach ke kelas prep sementara menunggu budak muslim habis PAI. Pada pukul 10:00 pagi saya ke dewan makan untuk menikmati hidangan minum pagi yang disediakan. Pada pukul 10:30 pagi saya bergerak ke kelas Bahasa Melayu bersama cikgu sampai pukul 11:10. Untuk tahun ini kami diberi tiga pilihan subjek elektif iaitu seni visual, seni persembahan dan perdagangan.
Selepas makan tengah hari di dewan makan, saya balik ke bilik saya. Memandangkan pada pukul 2:00 petang hanya ada prep saya pun tidur. Oleh sebab hanya ada prep saya bangun lambat dan kemudian ke kelas prep saya. Selepas mandi, saya ke dewan makan untuk makan malam. Pada pukul 7:15 malam saya dengan semua budak non muslim telah ke bilik gerakan untuk sesi moral dan kemudian ke kelas prep selama 2 jam. Selepas minum malam saya balik bilik dan terus tidur.
Translate
Wednesday, 8 March 2017
JURNAL
27 FEBRUARI 2017
Saya bangun pada pukul 7:25 pagi dan terus ke bilik untuk cuci muka serta menggosok gigi. Saya bangun lambat hari ini kerana tidur lambat semalam dan tidak sempat mandi. Selepas membuat persiapan diri, saya bersarapan di dewan makan. Hari ini dewan makan menyediakan bubur nasi. Selepas itu, saya pergi ke dewan serbaguna harian. Perhimpunan tersebut tamat pada jam 8:00 pagi.
Kemudian saya bersama rakan sekelas bergerak ke kelas pertama iaitu prep. Saya bersama kawan saya ke kelas prep sementara menunggu budak muslim habis PAI. Kemudian saya ke kelas Bahasa Melayu bersama Cikgu Mior. Pada pukul 9:20 pagi kami ke kelas Sejarah. Pada pukul 10:00 pagi saya ke dewan makan untuk menikmati hidangan minum pagi yang disediakan. Pada pukul 10:30 pagi saya bergerak ke kelas Bahasa Inggeris sampai pukul 11:10. Kemudian saya bergerak ke stadium untuk kelas PJK. Selepas itu, saya bersama rakan bukan muslim telah ke Moral.
Selepas makan tengah hari di dewan makan, saya balik ke bilik saya. Memandangkan pada pukul 2:00 petang hanya ada prep saya pun tidur. Oleh sebab hanya ada prep saya bangun lambat dan kemudian ke kelas prep saya. Selepas mandi, saya ke dewan makan untuk makan malam. Pada pukul 7:15 malam saya dengan semua budak non muslim telah ke bilik gerakan untuk sesi moral dan kemudian ke kelas prep selama 2 jam. Selepas minum malam saya balik ke bilik dan terus tidur.

26 FEBRUARI
Saya bagun pagi pada pukul 8.30. Saya mengemas katil saya dan ke bilik air untuk mandi .
Kemudian saya makan biskut dan roti sebagai sarapan . Saya terus membuat ulang kaji kerana hari keesokkanya adalah peperiksaan . Jadi saya membuat ulang kaji dengan tekun. Pada pukul 10.30 pagi pula saya ke dewan makan untuk makan kuih dan kembali ke bilik dan bersambung membuat ulang kaji bagi peperiksaan. Pada pukul 12.30 tengah hari saya ke dewan makan untuk makan tengah hari .
Saya ke bilik dan berehat sekejap dan mula membuat ulang kaji untuk Bahasa Perancis . Untuk peperiksaan Bahasa Perancis saya membaca tatabahasa dan perkataan - perkataan . Bagi ujian Moral saya membaca nilai - nilai murni dan maksudnya . Setelah membaca saya menyalin pakaian dan ke padang untuk bermain . Jam menunjukkan pukul 6.15 saya beredar dari padang dan terus ke dewan makan untuk bermakan malam . Pada pukul 7.00 petang saya ke bilik dan sambung membuat ulang kaji.
Saya juga melayari internet untuk mengulang kaji. Setelah berasa penat saya meletakkan barang saya dengan kemas. Kemudian , saya menutup suis lampu lalu tidur .

25 FEBRUARI 2017
Saya bangun pada jam 7.00 pagi pada hari ini. Selepas persiapan diri seperti mengosok gigi dan menukar baju, saya turun ke dewan makan lebih kurang pada jam 7.30 pagi untuk makan pagi. Selepas itu, saya pergi ke dewan serbaguna pada jam 7.45 pagi untuk perhimpunan harian. Perhimpunan tersebut tamat pada jam 8.00 pagi dan kita bergerak ke kelas pertama untuk hari itu, iaitu SC di bilik gerakan pelajar dan seterusnya, ke kelas Biologi pada jam 8.40 pagi. Kelas seteursnya adalah kelas Kimia di makmal kimia. Selepas rehat pada jam 10.00, kita bergerak ke kelas Fizik pada11.10 pagi dan Muzik pada 11.50 pagi.
Selepas makan tengah hari di dewan makan, saya balik ke bilik saya untuk berehat, mandi dan membuat kerja rumah. Saya makan malam pada jam 6.45 petang dan pergi ke bilik gerakan pelajar untuk slot moral pada jam 7.25 petang dan seterusnya, prep pada jam 8.00 hingga jam 10.00 malam. Sebelum balik ke bilik untuk tidur malam, saya pergi ke dewan makan untuk supper dan membeli makanan ringan di koperasi.

24 FEBRUARI 2017
Saya bangun pada jam 7.15 pagi pada hari ini. Selepas persiapan diri seperti menggosok gigi dan menukar baju, saya turun ke dewan makan lebih kurang pada jam 7.30 pagi untuk sarapan pagi. Pada pukul 7.40 pagi, saya bergerak ke belakang dewan serbaguna untuk perhimpunan pagi kerana dewan serbaguna sedang diguna. Selepas perhimpunan pagi, kami bergerak ke makmal Fizik pada jam 7.55 pagi untuk kelas Fizik. Hari ini, kami membuat latihan ulang kaji untuk peperiksaan akan datang, pada 10 November, hanya seminggu lagi. Kelas seterusnya adalah prep.
Pada jam 10.00 pagi, saya pergi ke kafeteria untuk minum pagi. Saya membeli ayam goreng dan air minuman yang berjumlah RM 5.50 dan saya bergerak ke kelas seterusnya pada jam 10.25 pagi, iaitu kelas Matematik. Hari ini, kami masuk bab terakhir untuk tahun ini, iaitu 'Rates'. Kami membuat latihan yang terdapat dalam buku Big Ideas yang berwarna merah jambu. Selama dua jam ini, saya dan Vinesh berjaya menghabiskan semua latihan dan menghantar latihan tersebut sebelum bergerak ke dewan makan pada jam 12.30 petang untuk makan tengah hari.
Tidak banyak yang berlaku pada petang itu kerana saya tidak ada kelas. Selepas mandi, saya membuat laporan eksperimen Kimia yang perlu dihatarkan pada keesokan hari dan pembentangan Sejarah. Saya juga menulis jurnal pada waktu ini. Selepas makan malam pada jam 6.15 petang, saya balik ke bilik untuk berehat sebentar sebelum pergi ke kelas prep pada jam 8.00 malam. Pada jam 9.00 malam, semua pelajar pergi ke dewan makan untuk ceramah malam ini. Sebelum balik ke bilik untuk tidur lebih kurang pada jam 10.15 malam, saya pergi ke koperasi untuk membeli nasi goreng untuk mengisikan perut.
JURNAL
23 FEBRUARI 2017
Saya bangun pada jam 7.00 pagi pada hari ini, Selepas menggosok gigi, mandi dan menukar baju, saya turun ke dewan makan untuk sarapan pagi.
Selepas perhimpunan pagi di dewan serbaguna, kami ada kelas Jatidiri di dewan serbaguna. Kami melakukan aktiviti 'surat kepada sahabat' pada hari ini. Selepas itu, kami pergi ke kelas untuk kelas prep. Saya dan Zack menumpang kelas Matematik 2K2. Cikgu juga memberikan latihan ungkapan algebra kepada kami. Selepas minum pagi di kafeteria, saya bergerak ke makmal bahasa untuk kelas Bahasa Melayu. Oleh sebab cikgu ada mesyuarat, cikgu hanya masuk kelas selama lebih kurang 15 minit.
Selepas itu, kami bergerak ke makmal Fizik untuk kelas Fizik. Hari ini, kami belajar tentang graf sesaran-masa dan halaju-masa. Selepas mengambil makanan di dewan makan balik ke bilik saya untuk dimakan bersama teh tarik.
Pada jam 2.30 petang, saya bergerak ke dewan serbaguna untuk taklimat tentang peperiksaan akan datang. Peperiksaan kali ini akan bermula pada 14 Mac hingga 17 Mac. Taklimat tersebut tamat pada jam 4.00 petang. Selepas itu, saya balik ke bilik saya untuk berehat.
Pada pukul 8.00 malam, saya pergi ke kelas asasi untuk kelas prep. Saya membuat journal Bahasa Melayu, refleksi Jatidiri dan belajar Biologi kerana ada quiz Biologi pada Sabtu ini.
Sebelum balik ke bilik untuk tidur, saya pergi ke koperasi untuk membeli barang keperluan.

Tuesday, 7 March 2017
LATIHAN PENGUKUHAN PERIBAHASA
LATIHAN 3
1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi
-di mana ada punca rezeki/ keramaian, di situlah orang ramai berkumpul.
-Di tempat menjual loteri itu terlalu ramai orang berkumpul bagaikan lalat mengharung najis.
2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
-pembangunan yang tumbuh dengan pesat.
-Sejak Putrajaya dimajukan, kawasan petempatan di Bangi semakin maju bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain
-usaha gigih yang berterusan.
-Jika kita gigih berusaha, lama-kelamaan kita akan menempa kejayaan kerana sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain.
4. seperti pelanduk dua serupa
-mempunyai wajah yang serupa.
-Saya menegur orang itu kerana saya menyangkanya Manprit Singh sedangkan dia hanya pelanduk dua serupa.
5. melentur buluh biarlah dari rebungnya
-mendidik anak biarlah sejak mereka masih kecil.
-Ibu bapa perlu mendidik anak mereka sejak dari kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
6. seperti ular kena palu
-barisan yang bengkang-bengkok.
-Guru disiplin itu menjerit kerana terlalu marah apabila melihat barisan pelajar tersebut tidak lurus seperti ular kena palu.
7. mati semut kerana gula
-mendapat kesusahan kerana tamak akan harta benda.
-Oleh sebab terlalu tamak akan kuasa dan harta, akhirnya Johan hidup melarat kerana matinya semut kerana gula.
8. bagai mendapat durian runtuh
-mendapat keuntungan dengan banyak.
-Pada minggu lepas, Nazri mendapat durian runtuh apabila peniaga itu menghadiahkan beliau sebuah kereta baru.
9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain
-dua orang yang rapat bergaul tetapi mempunyai cita-cita yang berbeza.
-Walaupun Ah Keong dan Rajoo sangat rapat, tetapi masing-masing mempunyai impian yang berbeza umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.
10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
-mendengar sesuatu keuntungan yang belum pasti, apa yang telah ada dibuang/ ditinggalkan.
-Apabila mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan kerana apabila mendengar berita yang belum jelas bahawa dia akan mendapat pekerjaan baru itu, Ah Cun berhenti daripada kerja lamanya.
LATIHAN PENGUKUHAN PERIBAHASA
LATIHAN 2
LATIHAN 2
1. seperti mendukung biawak hidup
-membuat pekerjaan yang menyusahkan diri.
-Perbuatan awak menyertai kongsi gelap itu bagaikan mendukung biawak hidup.
2. sudah jatuh ditimpa tangga
-menerima nasib malang/ kesusahan yang bertimpa-timpa/ berterusan.
-Hidupnya bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga kerana selepas kematian anaknya, dia kematian isterinya pula.
3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
-mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri.
-Sikap Abu membiayai pengajian gadis itu bagaikan kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan kerana keluarganya sendiri hidup dalam kedaifan.
4. ditelan mati emak, diluah mati bapak
-dalam keadaan serba salah.
-Sam Chong tidak tahu membuat pilihan untuk mengikut ibunya atau bapanya setelah mereka bercerai kerana ditelan mati emak, diluah mati bapa.
5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
-berbuat baik kerana sesuatu sebab yang tersembunyi.
-Saya tahu, Sabrina berbuat baik untuk memikat Manprit kerana kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah.
6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang
-orang yang tamak akan rugi.
-Jangan terlalu tamak bagaikan anjing dengan bayang-bayang, nanti kamu sendiri yang rugi.
7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina
-telah tahu keadaan sebenar walaupun hanya melihat luarannya sahaja.
-Saya tahu tujuan kamu datang ke rumah saya kerana sekilas ikan di air, sudahku tahu jantan betina.
8. genggam bara api biar sampai menjadi arang
-membuat kerja bersungguh-sungguh sehingga mendatangkan hasil.
-Belajarlah dengan tekun hingga berjaya umpama genggam bara api biar sampai menjadi arang.
9. bagai mencurah air ke daun keladi
-membuat kerja dengan sia-sia.
-Nasihat guru kepadanya bagai mencurah air ke daun keladi kerana dia tidak pernah mahu mendengarnya.
10. kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak
-kesalahan orang lain yang sedikit kita nampak tetapi kesalahan kita sendiri yang besar kita tidak nampak.
-Janganlah asyik menyalahkan orang lain dan bersikap kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak.
LATIHAN PEGUKUHAN PERIBAHASA
LATIHAN 1
LATIHAN 1
1. bagaikan kera mendapat bunga
-Orang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain.
-Tidak berguna kita memberi hadiah basikal ini kepadanya kerana dia bagaikan kera mendapat bunga dan tidak menghargai pemberian kita itu.
2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit.
-disebabkan seorang berbuat keburukan, nama kumpulan menjadi buruk.
-Sikap Ali yang suka berbuat jahat itu menyebabkan nama baik sekolah kita tercemar kerana seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.
3. burung terbang dipipiskan lada
-mengharapkan sesuatu yang belum pasti.
-Janganlah terlalu berharapkan sangat keuntungan pelaburan ini bagai burung terbang dipipiskan lada kerana belum pasti lagi keuntungan anak menjelma.
4. menegakkan benang yang basah
-cuba menegakkan sesuatu yang salah atau tidak benar.
-Janganlah kamu cuba menegakkan benang basah kerana semua rakan kita telah tahu bahawa perkara itu tidak benar.
5. bagaikan telur dihujung tanduk
-dalam keadaan berbahaya.
-Sejak meminjam wang daripada along tempoh hari, hidupnya bagai telur di hujung tanduk.
6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
-orang berilmu yang merendah diri tidak akan hilang ilmunya.
-Walaupun pandai namun James sentiasa merendah diri kerana ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
7. bagaikan tikus jatuh di kepuk
-mendapat keuntungan yang banyak secara tiba-tiba.
-Manprit telah menjadi kaya-raya sejak berkahwin dengan anak jutawan itu dan bagaikan tikus jatuh di kepuk.
8. matinya semut kerana gula
-mendapat kesusahan kerana tamak akan harta benda.
-Oleh sebab terlalu tamak akan kuasa dan harta, akhirnya Johan hidup melarat kerana matinya semut kerana gula.
9. air dicincang tidak akan putus
-pergaduhan di antara adik-beradik tidak akan berpanjangan tetapi akan berbaik semula.
-Pergaduhan anak-anak Pak Samad tidak berpanjangan kerana air dicincang tidak akan putus.
10. bagaikan embun di hujung rumput
-kasih-sayang yang tidak berkekalan.
-Cinta Sam Kong kepada Winnie bagaikan embun di hujung rumput dan tidak berkekalan.
JURNAL
22 FEBRUARI 2017
Saya bangun awal seperti biasa. Kemudian , saya bersiap sedia dan makan beberapa keping biskut sebagai alas perut.Kemudian saya ke dewan serbaguna untuk perhimpunan . Selepas itu , saya mengitu waktu pembelajaran seperti biasa .Pada waktu rehat pula saya ke kafeteria untuk membeli makanan . Kemudian saya, mengikuti kelas . Pada pukul 12.35 , saya ke dewan makan untuk makan tengah hari.
Pada waktu rehat pula saya mengambil rehat dan mula membuat kerja rumah yang diberi.Pada pukul 2.00 petang saya menukar pakaian dan pada 2.20 petang saya ke kelas . Selepas waktu pembelajaran saya terus ke bilik kerana pada waktu koko perjumpaan dibatalkan . Pada petang itu pula saya pergi ke dewan serbaguna untuk bermain badminton dengan kawan - kawan saya .
Tepat jam pukul 6.30 saya beredar dari situ dan pergi untuk makan malam .Selepas makan malam saya saya mandi dan ke kelas prep . Waktu prep berakhir pada pukul 10.00 malam dan saya ke bilik dan membuat ulang kaji untuk pelajaran. Selepas ulang kaji lebih kurang pukul 12.00 tengah malam saya tidur .

21 FEBRUARI 2017
Hari ini merupakan hari yang baik . Saya bangun pada pukul 7.00 pagi . Saya membuka tingkap dan mengemas katil . Kemudian, saya meletakkan buku - buku ke dalam beg lalu menuju ke dewan makan untuk bersarapan . Pada pukul 7.50 pagi saya sampai di kelas. Masa pembelajaran berjalan seperti biasa . Saya ke kefeteria untuk membeli makanan pada pukul 10.00 pagi . Masa pembelajaran juga seperti biasa .
Pada pukul 12.30 tengah hari saya ke dewan makan untuk makan tengah hari . Kemudian saya ke bilik saya dan berehat . Pada pukul 2.15 petang saya beredar dari bilik dan terus ke kelas . Akhirnya, kelas berakhir pada 4.30 petang dan saya ke bilik dan mengemas barangan saya . Pada pukul 5.30 petang saya beriadah di dewan serbaguna .
Setelah itu , saya ke dewan makan untuk bermakan malam . Saya juga ke kelas prep dan melayari internet . Pada malam ini juga diadakan rollcall . Saya juga mula mengemas barang saya kerana cuti semester akan menjelang tidak lama lagi. Saya melipat kesemua pakaian saya dan meletanya dalam beg pakaian . Setelah berasa penat saya menutup lampu dan tidur.

Monday, 6 March 2017
JURNAL
20 FEBRUARI 2017
Saya bangun pada jam 7.15 pagi pada hari ini. Selepas persiapan diri seperti menggosok gigi dan menukar baju, saya turun ke dewan makan lebih kurang pada jam 7.40 pagi untuk makan pagi. Pada jam 8.00 pagi, saya pegi ke dewan serbaguna untuk perhimpunan rasmi Isnin.
Kelas pertama pada jam 8.40 pagi ialah Kimia. Hari ini, kami diberikan tugas Chemical Formulae dan bermain telefon Sejarah pada jam 9.20 pagi pada kelas Sejarah. Minum pagi diadakan pada jam 10.00 pagi hingga jam sepuluh setengah pagi. Kelas seterusnya, Bahasa Inggeris diadakan di kelas Bahasa Inggeris. Hari ini, kita bermula menulis esei garisan plot yang kami membuat pada minggu lepas. Kelas terakhir ialah kelas perdangangan pada jam 11.10 pagi hingga kelas 12.30 petang. Seterusnya, saya pergi ke dewan makan untuk makan tengah hari seperti biasa dan balik ke bilik untuk berehat.
Pada petang pukul 5.00 saya ke dewan serbaguna untuk bermain badminton. Kemudian saya pergi ke dewan makan untuk makan malam pada jam 6.45 petang dan prep pada jam 8.00 malam hingga pukul 10.00 malam. Sebelum balik ke bilik untuk tidur, saya pergi ke dewan makan untuk makan hidangan supper malam.

19 FEBRUARI 2017
Hari ini merupukan hari Ahad. Saya bagun pada pukul 8.00 pagi . Kemudian saya membuka tingkap dan ke bilik air untuk mandi . Saya makan beberapa keping biskut sebagai alas perut. Saya mula membuat kerja kerja yang diberi oleh instruktor. Pada pukul 11.00 pagi saya membaca buku rujukkan Kimia .
Pada pukul 12.30 tengah hari saya ke dewan makan untuk makan tengah hari . Kemudian , saya ke bilik saya dan sambung membuat kerja rumah yang perlu dihatar pada esok .
Pada pukul 5.30 petang saya ke dewan serbaguna untuk bermain badminton dengan kawan - kawan. Kemudian saya ke dewan makan untuk bermakan malam . Saya terus ke bilik dan mandi . Kemudian saya mengemas barang saya dan tidur pada pukul 9.30 malam.

BM 1 - SET 2
BAHAGIAN A
CIRI-CIRI PENGGUNA BIJAK
Pada masa ini ekonomi dunia telah jatuh dan perbincangan penggunan bijak telah berlangsung hangat . Justeru, semua pihak mestilah beriltizam dan komited untuk menjadi seorang pegguna yang bijak kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.. Hal ini demikian kerana, harga sesuatu barangan yang dibuat perbandingan terlebinh dahulu dapat mengelakkan pengguna daripada dieksploitasi oleh peniaga yang bersifat lintah darah. Dengan berbuat demikian, pengguna yang bijak dapat memilih barangan pada harga yang lebih murah tetapi berkualiti.
Sebagai contoh, seseorang pengguna tidak terlalu ghairah dengan pelbagai tawaran menarik daripada jualan murah yang dipromosikan. Sebaliknya, mereka perlulah membuat perbandingan harga barangan tersebut terlebih dahulu kerana biar alah membeli asal menang memakai. Tegasnya, pengguna yang membuat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu barangan dapat dikategorikan sebagai pengguna yang bijak. Selain itu, membeli barangan yang berkualiti juga merupakan antara kriteria pengguna yang bijak.
Saya berpendapat demikian kerana barangan berkualiti yang dibeli oleh pengguna dapat memberi kepuasan yang maksimum kepada mereka berbanding dengan barangan tiruan. Dalam konteks ini, pengguna yang membeli barangan yang berkualiti tidak berkira tentang harga sesuatu produk asalkan mereka memperoleh nilai faedah yang tinggi daripada barangan tersebut. Cuba kita bayangkan, jika pengguna tidak membeli barangan yang berkualiti mungkin mereka akan terdedah kepada pelbagai risiko penipuan
Buktinya, kerajaan sentiasa menyarankan para pengguna supaya membeli barang yang berkualiti melalui pelbagai media massa dan dalam masa yang sama, kerajaan amat serius dalam membanteras barangan tiruan. Bagaikan sudah terang lagi bersuluh, pengguna yang mengutamakan pembelian barangan yang berkualiti dapat digolongkan sebagai pengguna yang bijak. Elemen-elemen pengguna bijak yang berikutnya ialah membuat senarai barang sebelum membeli. Analoginya cukup mudah. Senarai barang yang dibuat sebelum membeli akan banyak membantu pengguna daripada membeli secara boros dan membazir kerana perbuatan membazir itu.
Hal ini bermaksud, seseorang pengguna seharusnya merancang pembelian terlebih dahulu agar mereka tidak mudah terpesona dengan pelbagai tawaran yang ada kalanya bersifat ada udang di sebalik batu. Realitinya pada hari ini, pengguna sudah kurang membuat senarai barangan untuk dibeli kerana mereka terpengaruh dengan kaedah beli-belah yang bersifat “window shopping” yang menjadi trend masyarakat pada hari ini. Justeru, saya optimis pengguna yang membuat senarai barangan terlebih dahulu sebelum membeli merupakan pengguna yang menepati ciri-ciri pengguna yang bijak.
Sebagai natijahnya, setiap pengguna mestilah berusaha untuk menjadi pengguna yang bijak supaya tidak mudah dieksploitasi dan dimanipulasi oleh peniaga yang sentiasa mengintai peluang untuk mengaut keuntungan dengan cara yang tidak bermoral. Kita mestilah menggembleng tenaga untuk merealisasikannya kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya!

KESALAHAN TATABAHASA DAN ISTILAH
1a) adakah = apakah
1a) adakah = apakah
1b) para peserta = peserta
2a) memperoleh = memperolehi
2b) dia buat = dibuatnya
3a) sempadan = sepadan
3b) dari = daripada
4a) di atas = atas
4b) memalapkan = menggelapkan
5a) menjajah = menjelajah
5b) anjurkan = menganjurkan
6a) beribu = beribu-ribu
6b) dimusnahkan = dihapuskan
7a) dipindahkan oleh kami = kami pindahkan
7b) sebaik-baik = sebaik
8a) laris sekali = laris
8b) kuantiti = kualiti
9a) semua syarat-syarat = semua syarat
9b) menulis = menandatangani
10a) pengirimnya = pengirim
10b) mengikut = mengikuti
11a) lain-lain hal = hal lain-lain
11b) menunda = menangguh
12a) penggunaan = pengambilan
12b) di = dalam
13a) buruk = musnah
13b) puluh = pulih
14a) disenaraihitam = disenaraihitamkan
14b) teladan = amaran
15a) potong-memotong = memotong
15b) takat = tahap
16a) gemarkan = gemar akan
16b) dibaluti = disaluti
17a) kepada maklumat = maklumat
17b) pemjenayah = penjenayah
18a) membincangkan = membincang
18b) buah kumpulan = kumpulan
19a) mereka-mereka = mereka
19b) petikan = gesekan
20a) sekumpulan = segerombolan
20b) pada = di
21a) butir = buah
21b) meletup = pancit
22a) tiap = setiap
22b) membangunkan = mengejutkan
23a) menjahit = jahitan
23b) syarahan = taklimat
24a) berbagai = berbagai-bagai
24b) kecederaan = kemalangan
25a) bila = apabila
25b) digiling = digilis
26a) beribu = beribu-ribu
26b) dipelihara = diternak
27a) menjatuhkan = menurunkan
27b) kepada = pada
28a) menghadiahkan = menghadiahi
28b) tangan = bimbit
29a) setengah = sesetengah
29b) memasukkan = menjaringkan
30a) sebuah = satu
30b) meluas = menular
31a) adalah = dengan ini
31b) pakaian = fesyen
32a) masa = semasa
32b) dijelajah = dijajah
33a) demi untuk = demi
33b) pegerakan = pemindahan
34a) anggota = anggota-anggota
34b) dari = daripada
35a) peserta-peserta = peserta
35b) berbelok-belok = celengkang = celengkong
36a) perlawanan = pertandingan
36b) berapa = beberapa
37a) kerja-kerja = kerja
37b) bawah = rendah
38a) pencegah = pencegahan
38b) kejayaan = kegagalan
39a) julukan = jolokan
39b) adalah = ialah
40a) terbungkam = terbongkar
40b) juga = jua
41a) sekeliling = sekitar
41b) pada = kepada
42a) sisih = sirih
42b) telah mereka serahkan = diserahkan oleh mereka
43a) rujukkan = tunjukkan
43b) melihat = menyemak
44a) mengadakan = menjalankan
44b) satu setengah tahun = setahun setengah
45a) memerah = menjana
45b) memikir = berfikir
46a) jika sekiranya = jika
46b) segera = laju
47a) ini = hal ini
47b) tempuh = tempoh
48a) terlibat = terbabit
48b) di buat = dibuat
49a) masa ke semasa = semasa ke semasa
49b) hingga = sehingga
50a) Malaysia = di Malaysia
50b) menjalankan = membuat
Subscribe to:
Posts (Atom)