Translate

Thursday 24 March 2016

JURNAL
24 Mac 2015

Hari ini merupakan hari yang gembira . Saya bangun pagi seperti biasa dan bersiap sedia untuk sesi pembelajaran . Sebelum itu saya mengemas bilik . Pada pagi tersebut saya mengikuti sesi pembelajaran seperti biasa .

Pada tengah hari , saya tidak berasa lapar . Jadi saya terus ke bilik untuk meneruskan membuat  latihan yang diberi oleh guru . Selepas waktu rehat  saya ke kelas moral . Tetapi kelas moral tiba - tiba dibatalkan . Jadi saya  dan kawan saya ke kelas yang kosong dan membuat latihan yang diberi .
Walaupun jam menunjukkan 5.00 saya tidak ke bilik .  Saya teruskan membuat kerja saya .

Jam menunjukan 7.00 malam saya beredar dari kelas dan ke bilik . Selepas  mandi saya mengambil  sedikit rehat . Selepas itu saya bersedia ke kelas prep . Di kelas prep, kami sekelas  berbincang  tentang projek hari kitar semula . kami sekelas masing - masing mengeluarkan idea . Akhirnya selepas perbincangan dengan rakan ketua kelas memilih satu idea .

Selepas kelas prep , saya membeli makanan dan ke bilik . Dengan sebab saya beras letih saya tidak dapat mengulang kaji . Jadi saya terus tidur . Saya berharap bahawa hari keesokkan juga  akan seperi hari ini .

No comments:

Post a Comment