28 MAC 2017
Hari ini saya bangun pada pukul 7.30 kerana perhimpunan telah dibatalkan dan masa pembelajaran akan bermula pada pukul 8.30 pagi. Kemudian saya membuka tingkap dan mengemas katil . Sinaran terang matahari tidak kelihatan kerana cuaca pada hari ini mendung . Saya makan beberapa keping biskut sebagai alas perut dan terus menuju ke kelas .
Waktu pembelajaran berjalan seperti biasa . Pada waktu rehat saya ke dewan makan untuk makan kuih . Setelah itu , saya kembali ke kelas. Ahirnya kelas tamat pada pukul 12.30 tengah hari. Kemudian saya ke dewan makan untuk makan tengah hari. Saya terus ke bilik dan berehat.
Tepat pada pukul 2.00 petang saya mengunci pintu dan menuju ke kelas yang seterusnya .
Pada pukul 4.30 saya pulang ke bilik dan mengemas buku-buku saya . Pada pukul 5.30 petang saya ke padang untuk bermain . Seterusnya , saya ke dewan makan untuk bermakan malam. Pada pukul 7.00 malam saya ke billik saya untuk mandi dan berehat . Saya membaca buku tentang manusia . Pada pukul 10.00 malam saya berasa mengantuk . Jadi saya menutup suis lampu dan tidur.
No comments:
Post a Comment