Translate

Friday 13 May 2016

JURNAL
4 MEI 2016

        Saya bangun awal seperti biasa. Kemudian , saya bersiap sedia dan makan  beberapa keping biskut sebagai alas perut.Kemudian saya ke dewan serbaguna untuk perhimpunan . Selepas itu , saya mengitu waktu pembelajaran seperti biasa .Pada waktu  rehat pula saya ke kafeteria untuk membeli makanan . Kemudian saya, mengikuti kelas . Pada pukul 12.35 , saya ke dewan makan untuk makan tengah hari.

       Pada waktu rehat pula saya mengambil rehat dan mula membuat kerja rumah yang diberi.Pada pukul 2.00 petang saya menukar pakaian dan pada 2.20 petang saya ke kelas .Selepas waktu pembelajaran saya  terus ke bilik kerana pada waktu koko perjumpaan dibatalkan .Pada petang itu pula saya pergi ke dewan serbaguna untuk bermain badminton dengan kawan - kawan saya .


     Tepat jam pukul 6.30 saya beredar dari situ dan pergi untuk makan malam .Selepas makan malam saya saya mandi dan ke kelas prep . Waktu prep berakhir pada pukul 10.00 malam dan saya ke bilik dan membuat ulang kaji untuk pelajaran. Selepas ulang kaji lebih kurang pukul 12.00 tengah malam saya tidur .  .

Thursday 5 May 2016

JURNAL
3 MEI  2016

                    Hari ini merupakan  hari yang indah . Saya bangun pada pukul 7.10 pagi . Saya bersiap sedia dan mengemas barang di bilik dan buku - buku saya . Tanpa membuang masa saya berjalan pantas ke dewan serbaguna untuk perhimpunan . Selepas perhimpunan saya mengikuti kelas seperti biasa .Selepas itu , saya ke dewan makan dan makan kemudian saya ke bilik saya dan membuat kerja rumah  yang diberi oleh istruktor.

Pada tepat pulul 2.30 petang  saya terus ke kelas . Setelah semua kelas habis saya ke bilik saya dan menyalin pakaian lalu membawa reket ke dewan serbaguna untuk bermain badminton.Selepas bermain dengan kawan - kawan, saya ke dewan makan untuk makan malam dan pergi ke bilik dan mengemas barang.

 Selepas itu saya mandi dan ke prep . saya menyiapkan kerja di situ pada masa itu. Selepas waktu prep , saya ke bilik dan membuat sedikit ulang kaji lalu tidur .


Tuesday 3 May 2016

JURNAL
2  May 2016

                    Hari ini saya bangun seperti biasa . Selepas itu saya bersarapan dengan keluarga .
Kemudian , saya mula membuat kerja rumah . Pada pukul 10.00 saya minum secawan kopi dan beberapa keping biskut .Selepas itu saya bersambung membuat  kerja rumah saya . Pada waktu tengah hari pula saya saya makan tengah hari . Selepas menikmati makanan saya ke bilik  saya dan membuat ulang kaji .

Lebih kurang pukul 3.00 saya mula mengemas barang saya . Saya mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk mengemas barang - barang saya .Saya beredar dari rumah pada pukul 5.30 petang . Perjalanan mengambil masa lebih kurang 35 minit .Bila sampai di Pusat  Permatapintar Negara . saya meletak semua barang dan melambai - lambai tangan kepada ibu dan ayah saya .

 Kemudian , saya berehat sekejap dan bersedia untuk pergi ke waktu prep .Saya menghadiri prep tersebut dan memanfaatkan sebaik munkin. Jam menunjukkan pukul 10.15 . Saya beredar dari kelas dan terus ke bilik saya . Di bilik , saya membuat kerja rumah dan membuat kerja rumah lalu tidur . Saya berharap bahawa hari keesokan   juga baik .