Translate

Tuesday, 27 September 2016


UCAPAN AWAM 
KESELAMATAN JALAN RAYA

Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia kepada guru-guru yang dihormati  ,pelajar koej permata pintar dan kawan kawan sekalian . Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan ceramah ,
Hadirin yang dikasihi ,
Kes kemalangan jalan raya menjelang hari raya semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Pada tahun-tahun lepas kadar kemalangan jalan raya pada musim perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri tidak sebanyak pada tahun lepas. Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlakunya peningkatan kes kemalangan jalan raya di negara kita.
Antara punca utama kemalangan itu ialah kebanyakan pemandu tidak mempunyai lesen memandu. Sesetengah pemandu juga menggunakan lesen memandu yang palsu. Oleh itu, apabila tidak memiliki lesen yang sah, maka pemandu tersebut sudah semestinya tidak cekap dan tidak biasa memandu kenderaan. Hal ini akan mengakibatkan kemalangan. Setiap pemandu harus mempunyai lesen kenderaan kerana sebelum seseorang itu memperoleh lesen memandu, mereka telah didedahkan dengan teknik pemanduan yang betul. Malah apabila mereka lulus ujian pemanduan barulah mereka dianggap layak memandu kenderaan. Oleh itu seseorang yang masih tidak mempunyai lesen memandu dinasihatkan agar tidak memandu kenderaan di jalan raya.
Selain itu, kebanyakan kes kemalangan jalan raya juga berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan itu sendiri. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk. Biasanya keadaan mengantuk ini berlaku ketika tengah hari dan sebelah malam. Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk besar kemungkinan terlelap seketika semasa memandu. Seterusnya mengakibatkan kenderaan mereka terbabas ataupun melanggar kenderaan lain pada arah yang bertentangan. Saya amat berharap agar para pemandu memastikan mereka tidak mengantuk semasa memandu kenderaan mereka. Sekiranya pemandu mengantuk mereka dinasihatkan supaya berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.
Para hadirin sekalian,
Kemalangan juga boleh berlaku apabila pemandu dalam keadaan mabuk. Kemampuan pemandu untuk mengawal kenderaan mereka akan menjadi berkurangan apabila mereka mabuk. Hal ini kerana mereka memandu dalam keadaan berkhayal. Kenderaan yang dipandu mungkin akan membelok ke kiri dan ke kanan sehingga menyebabkan kemalangan. Lebih malang lagi jika kecuaian pemandu ini melibatkan kemalangan kepada pihak lain. Saya juga berpesan kepada semua hadirin agar tidak sekali-kali memandu dalam keadaan mabuk. Ia bukan sahaja membahayakan nyawa anda malahan pengguna jalan raya yang lain.
Kita seharusnya memandu kenderaan yang sempurna sifatnya. Sebelum memandu kenderaan, kita mesti memeriksa kenderaan kita supaya selamat untuk dipandu. Contohnya, keadaan minyak hitam, brek, bateri, air, dan lampu berada dalam keadaan baik. Terdapat pemandu yang tidak menghiraukan masalah ini. Mereka mengabaikan kesempurnaan kereta mereka. Contohnya, mereka tidak mengganti tayar yang haus. Apabila tayar kita sudah haus, sudah tentu daya cengkaman kenderaan itu akan berkurangan. Hal ini lebih membahayakan ketika hujan kerana sewaktu hujan, cengkaman tayar dengan jalan raya semakin berkurangan. Jelas di sini, tayar yang haus boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Bagi mengatasi masalah ini, pihak polis trafik telah mengadakan pelbagai usaha bagi mengurangkan lagi kadar kemalangan jalan raya. Usaha yang dilakukan nampaknya masih kurang berkesan. Pihak kami sering mengadakan kempen keselamatan jalan raya terutama sempena sambutan hari raya. Hal ini kerana kami telah mendapat maklumat bahawa kejadian kemalangan jalan raya semasa musim perayaan meningkat dengan mendadak berbanding hari-hari lain. Hal ini kerana semua rakyat di Malaysia akan melakukan perjalanan jauh sarna ada pulang ke kampung ataupun pergi melancong. Kempen-kempen yang dilakukan tertumpu di jalan-jalan utama di seluruh negara. Melalui kempen ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran kepada pengguna jalan raya.
Pada tahun lepas, Menteri Besar Kedah telah menyertai kempen keselamatan jalan raya. Kempen ini telah diadakan di lebuh raya Bukit Kayu Hitam-Sungai Petani. Ketika beliau berucap, beliau telah menekankan kesedaran kepada para pemandu agar memandu kenderaan mereka dengan cermat. Malah beliau juga turut memberikan baju keselamatan kepada penunggang motosikal. Kempen ini sekurang-kurangnya berjaya memberikan sedikit pengetahuan kepada pengguna jalan raya.
Pihak polis trafik juga telah memasang kamera perangkap kelajuan. Kami telah memasangnya di tempat-tempat yang strategik iaitu kawasan yang biasanya dipandu laju oleh pemilik kenderaan. Jika mereka memandu dengan kelajuan melebihi 110 km sejam, justeru kamera perangkap kelajuan ini akan merakam gambar kereta dan pemandunya. Selepas disemak oleh pegawai kami, dan didapati mereka telah melanggar had kelajuan yang dibenarkan, pihak kami akan menghantar surat sama kepada pemiliknya. Cara ini telah dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama di Lebuh Raya Utara-Selatan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Pasukan polis trafik bertugas selama 24 jam di sekitar jalan raya utama di negara ini. Mereka akan memastikan agar pemandu tidak membawa kenderaan mereka dengan laju atau secara berbahaya. Jika para pemandu memandu kenderaan mereka dengan laju, mereka boleh disaman ataupun kenderaan mereka boleh ditahan. Banyak saman telah dikeluarkan oleh pasukan polis trafik melalui cara sebegini terutamanya di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan di Johor Bahru.
Jelaslah bahawa kemalangan jalan raya sebenarnya berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri. Seandainya pemandu itu berhati-hati ketika memandu maka kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Tetapi seandainya pemandu itu masih lagi berdegil dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya justeru kadar kemalangan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Oleh itu saya berharap agar setiap yang hadir ini menyedari pentingnya kita berhemah semasa memandu di jalan raya. Saya juga berharap perkara ini dapat disebarkan kepada orang lain yang tidak menghadiri majlis ini.
Sebelum saya mengundurkan diri besarlah harapan saya agar kemalangan jalan raya di negara ini dapat dikurangkan.Jadi pesanan terakhir saya adalah biarkan lambat asalkan selamat.Sekian terima kasih .




Friday, 16 September 2016

Bahasa Melayu Komunikasi
Lathihan minggu 8

1)Bincangkan  format dan ciri- ciri dan  laras bahasa yang digunakan.

a)Surat kiman rasmi
b)Taklimat
c)Laporan 
d)Minit Masyurat
e)Berita

a)Surat Kiriman Rasmi 

Format: Mula mula hendaklah menulis alamat pengirim di sebelah kanan,garis panjang melintang pelu dibuat di bawah alamat pingirim.Kemudian, nama dan alamat penerima dituisdibawah garisan dan tarikh ditulis disebelah  kanan surat.Seterusnya panggilan kehormat  perlu ditulis di bawah alamat penerima dan dikuti pula dengan tajuk dan isi-isi.Akhirnya tanda tangan pengirim pengirim ,nama , jawatan pengirim ditulis di bahagian bawah kiri surat .

Ciri-Ciri:Hendaklah menulis untuk urusan urusan rasmi sahaja.Contohnya,permohonan,aduan jemputan dan banyak lagi.

Laras Bahasa:Tuan ,Puan ,yang benar dan sebagainya.


b)Taklimat

Format:Perlulah mempunyai tajuk,kata- kata,salam,pengenalan diri,kandungandan sesi soal jawab.

Ciri-ciri:Taklimat boleh dibahagikan berdasarkan jenis iaitu taklimat satu taraf (sama taraf)dan taklimat dua taraf.

Laras Bahasa:Hanya Laras bahasa yang menarik dan sesuai akan digunakan dalam taklimat.


c)Laporan

Format:Mempunyai pengenalan,aktiviti atau kejadian ,latar belakang contohnya,bila ,di mana,huraian pengenalan .

Ciri-ciri:Biasanya digunakan untuk merekod maklumat di dalam sesuatu aktiviti .

Laras Bahasa:Tarikh ,Tempat ,lawatan dan sebagainya.



d)Minit Mesyuarat

  Format:Haruslah mencatat nama masyurat ,kehadiran urus setia ,perutusan,pengerusi dan akhir sekali penutupan.

Ciri-Ciri:Membincang perkara - perkara di sesuatu mesyuarat.Harus jelas, betul dan lengkap.Perlulah juga padat dan ringkas.

Laras Bahasa: Jawatan,tugas ,pengerusidan sebagainya.


e)Berita

Format:Mula-mula perlu menulis nma tempata di sebelah kiri dengan huruf besar,letak tanda koma ,diikuti dengan tarikh atau hari serta tanda sempang sebelum perenggan yang pertama.

Ciri-Ciri:Mempunyai fakta  atau makluman tentang sesuatu kejadian seperti kemalangan,kebakaran dan sebagainya Maklumat dalam berita mestilah dapat jawab soalan dalam rakyat.

Laras Bahasa:Hari,Tempat dan sebagainya .



Wednesday, 14 September 2016

Bahasa Melayu Komunikasi
Latihan 7

1) Andaikan anda seorang pengulas sukan .Buat satu ulasan selari dalam satu pertandingan sukan dengan menggunakan laras  sukan yang sesuai. Persebahkan  ulasan tersebut dengan intonasi yang betul.


"Selamat pagi  kepada semua pemain bola sepak , penyokong dan semua yang hadir.Hari ini permainan bola sepak peringkat daerah tidak lama lagi .Perlawanan  bola sepak  akan bermula tepat pada pukul 8.30 pagi . Dalam perlawanan ini pasukkan rokers akan bertembung dengan pasukan fire.Pasti anda tidak sabar untuk menyaksikan.Itu dia kedua -dua pasukan bergerak ke padang.Juri sedang memutarkan duit syiling dan menentukan  pasukan mana yang akan bermula .Dengan itu pasukkan fire akan bermula .

Pasukkan fire telah mendapat satu peluang yang baik . Pasukkan rokers pula cuba mepertahankan daripada  pasukkan fire. Itu dia pasukkan fire telah menjaring satu gol dengan sedaya upaya.Jadi skor  adalah 1-0.Nampaknya jurulatih pasukkan rokers sedang memberi lebih semangat.Bersambunglah pelawanan rampaknya pasukkan rokers telah menjaring gol  dengan laju sekali. Pasukkan rokers telah menjaring satu lagi gol.Walupun pasukkan fire membpertahankan masih gagal.Jadi skor sekarang adalah 1-2.

Kedua - dua pasukan cuba menjaring gol tetapi gagal . Nampaknya masa berlalu pantas jadi nampaknya pasukkan fire mempunyai peluang yang kurang .Itu dia masa telah tamat.
Pasukkan rokers telah menang dan layak ke perlawanan separuh akhir dengan pasukan sunshine.Jadi skor adalah 1-2 .Sekian pemain dan penyokong  dan lain, saya Derisshmen.Terima Kasih.



2) Huraikan ciri-ciri  penulisan laras bahasa ikhlan. Sertakan beberapa contoh ikhlan yang menggunakn laras bahas bahasa  ikhlan yang menarik.


-Tiada konteks khusus atau melibatkan sebarang bidang ilmu.

-Tiada istilah khusus
-Struktur ayat adalah mudah , ringkas, padat
-Kata pinjaman tidak banyak digunakan.
-Tidak terdapat istilah teknikal.
-Digunakan dalam situasi rasmi sahaja(formal)
-Menggunakan ciri-ciri  bahasa basahan(tidak formal)
Contoh: Hai Amir ! Nak ke pergi mana tu? Tak singgah dulu?