Translate

Tuesday, 27 September 2016


UCAPAN AWAM 
KESELAMATAN JALAN RAYA

Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia kepada guru-guru yang dihormati  ,pelajar koej permata pintar dan kawan kawan sekalian . Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan ceramah ,
Hadirin yang dikasihi ,
Kes kemalangan jalan raya menjelang hari raya semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Pada tahun-tahun lepas kadar kemalangan jalan raya pada musim perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri tidak sebanyak pada tahun lepas. Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlakunya peningkatan kes kemalangan jalan raya di negara kita.
Antara punca utama kemalangan itu ialah kebanyakan pemandu tidak mempunyai lesen memandu. Sesetengah pemandu juga menggunakan lesen memandu yang palsu. Oleh itu, apabila tidak memiliki lesen yang sah, maka pemandu tersebut sudah semestinya tidak cekap dan tidak biasa memandu kenderaan. Hal ini akan mengakibatkan kemalangan. Setiap pemandu harus mempunyai lesen kenderaan kerana sebelum seseorang itu memperoleh lesen memandu, mereka telah didedahkan dengan teknik pemanduan yang betul. Malah apabila mereka lulus ujian pemanduan barulah mereka dianggap layak memandu kenderaan. Oleh itu seseorang yang masih tidak mempunyai lesen memandu dinasihatkan agar tidak memandu kenderaan di jalan raya.
Selain itu, kebanyakan kes kemalangan jalan raya juga berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan itu sendiri. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk. Biasanya keadaan mengantuk ini berlaku ketika tengah hari dan sebelah malam. Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk besar kemungkinan terlelap seketika semasa memandu. Seterusnya mengakibatkan kenderaan mereka terbabas ataupun melanggar kenderaan lain pada arah yang bertentangan. Saya amat berharap agar para pemandu memastikan mereka tidak mengantuk semasa memandu kenderaan mereka. Sekiranya pemandu mengantuk mereka dinasihatkan supaya berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.
Para hadirin sekalian,
Kemalangan juga boleh berlaku apabila pemandu dalam keadaan mabuk. Kemampuan pemandu untuk mengawal kenderaan mereka akan menjadi berkurangan apabila mereka mabuk. Hal ini kerana mereka memandu dalam keadaan berkhayal. Kenderaan yang dipandu mungkin akan membelok ke kiri dan ke kanan sehingga menyebabkan kemalangan. Lebih malang lagi jika kecuaian pemandu ini melibatkan kemalangan kepada pihak lain. Saya juga berpesan kepada semua hadirin agar tidak sekali-kali memandu dalam keadaan mabuk. Ia bukan sahaja membahayakan nyawa anda malahan pengguna jalan raya yang lain.
Kita seharusnya memandu kenderaan yang sempurna sifatnya. Sebelum memandu kenderaan, kita mesti memeriksa kenderaan kita supaya selamat untuk dipandu. Contohnya, keadaan minyak hitam, brek, bateri, air, dan lampu berada dalam keadaan baik. Terdapat pemandu yang tidak menghiraukan masalah ini. Mereka mengabaikan kesempurnaan kereta mereka. Contohnya, mereka tidak mengganti tayar yang haus. Apabila tayar kita sudah haus, sudah tentu daya cengkaman kenderaan itu akan berkurangan. Hal ini lebih membahayakan ketika hujan kerana sewaktu hujan, cengkaman tayar dengan jalan raya semakin berkurangan. Jelas di sini, tayar yang haus boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Bagi mengatasi masalah ini, pihak polis trafik telah mengadakan pelbagai usaha bagi mengurangkan lagi kadar kemalangan jalan raya. Usaha yang dilakukan nampaknya masih kurang berkesan. Pihak kami sering mengadakan kempen keselamatan jalan raya terutama sempena sambutan hari raya. Hal ini kerana kami telah mendapat maklumat bahawa kejadian kemalangan jalan raya semasa musim perayaan meningkat dengan mendadak berbanding hari-hari lain. Hal ini kerana semua rakyat di Malaysia akan melakukan perjalanan jauh sarna ada pulang ke kampung ataupun pergi melancong. Kempen-kempen yang dilakukan tertumpu di jalan-jalan utama di seluruh negara. Melalui kempen ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran kepada pengguna jalan raya.
Pada tahun lepas, Menteri Besar Kedah telah menyertai kempen keselamatan jalan raya. Kempen ini telah diadakan di lebuh raya Bukit Kayu Hitam-Sungai Petani. Ketika beliau berucap, beliau telah menekankan kesedaran kepada para pemandu agar memandu kenderaan mereka dengan cermat. Malah beliau juga turut memberikan baju keselamatan kepada penunggang motosikal. Kempen ini sekurang-kurangnya berjaya memberikan sedikit pengetahuan kepada pengguna jalan raya.
Pihak polis trafik juga telah memasang kamera perangkap kelajuan. Kami telah memasangnya di tempat-tempat yang strategik iaitu kawasan yang biasanya dipandu laju oleh pemilik kenderaan. Jika mereka memandu dengan kelajuan melebihi 110 km sejam, justeru kamera perangkap kelajuan ini akan merakam gambar kereta dan pemandunya. Selepas disemak oleh pegawai kami, dan didapati mereka telah melanggar had kelajuan yang dibenarkan, pihak kami akan menghantar surat sama kepada pemiliknya. Cara ini telah dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama di Lebuh Raya Utara-Selatan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Pasukan polis trafik bertugas selama 24 jam di sekitar jalan raya utama di negara ini. Mereka akan memastikan agar pemandu tidak membawa kenderaan mereka dengan laju atau secara berbahaya. Jika para pemandu memandu kenderaan mereka dengan laju, mereka boleh disaman ataupun kenderaan mereka boleh ditahan. Banyak saman telah dikeluarkan oleh pasukan polis trafik melalui cara sebegini terutamanya di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan di Johor Bahru.
Jelaslah bahawa kemalangan jalan raya sebenarnya berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri. Seandainya pemandu itu berhati-hati ketika memandu maka kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Tetapi seandainya pemandu itu masih lagi berdegil dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya justeru kadar kemalangan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Oleh itu saya berharap agar setiap yang hadir ini menyedari pentingnya kita berhemah semasa memandu di jalan raya. Saya juga berharap perkara ini dapat disebarkan kepada orang lain yang tidak menghadiri majlis ini.
Sebelum saya mengundurkan diri besarlah harapan saya agar kemalangan jalan raya di negara ini dapat dikurangkan.Jadi pesanan terakhir saya adalah biarkan lambat asalkan selamat.Sekian terima kasih .




Friday, 16 September 2016

Bahasa Melayu Komunikasi
Lathihan minggu 8

1)Bincangkan  format dan ciri- ciri dan  laras bahasa yang digunakan.

a)Surat kiman rasmi
b)Taklimat
c)Laporan 
d)Minit Masyurat
e)Berita

a)Surat Kiriman Rasmi 

Format: Mula mula hendaklah menulis alamat pengirim di sebelah kanan,garis panjang melintang pelu dibuat di bawah alamat pingirim.Kemudian, nama dan alamat penerima dituisdibawah garisan dan tarikh ditulis disebelah  kanan surat.Seterusnya panggilan kehormat  perlu ditulis di bawah alamat penerima dan dikuti pula dengan tajuk dan isi-isi.Akhirnya tanda tangan pengirim pengirim ,nama , jawatan pengirim ditulis di bahagian bawah kiri surat .

Ciri-Ciri:Hendaklah menulis untuk urusan urusan rasmi sahaja.Contohnya,permohonan,aduan jemputan dan banyak lagi.

Laras Bahasa:Tuan ,Puan ,yang benar dan sebagainya.


b)Taklimat

Format:Perlulah mempunyai tajuk,kata- kata,salam,pengenalan diri,kandungandan sesi soal jawab.

Ciri-ciri:Taklimat boleh dibahagikan berdasarkan jenis iaitu taklimat satu taraf (sama taraf)dan taklimat dua taraf.

Laras Bahasa:Hanya Laras bahasa yang menarik dan sesuai akan digunakan dalam taklimat.


c)Laporan

Format:Mempunyai pengenalan,aktiviti atau kejadian ,latar belakang contohnya,bila ,di mana,huraian pengenalan .

Ciri-ciri:Biasanya digunakan untuk merekod maklumat di dalam sesuatu aktiviti .

Laras Bahasa:Tarikh ,Tempat ,lawatan dan sebagainya.



d)Minit Mesyuarat

  Format:Haruslah mencatat nama masyurat ,kehadiran urus setia ,perutusan,pengerusi dan akhir sekali penutupan.

Ciri-Ciri:Membincang perkara - perkara di sesuatu mesyuarat.Harus jelas, betul dan lengkap.Perlulah juga padat dan ringkas.

Laras Bahasa: Jawatan,tugas ,pengerusidan sebagainya.


e)Berita

Format:Mula-mula perlu menulis nma tempata di sebelah kiri dengan huruf besar,letak tanda koma ,diikuti dengan tarikh atau hari serta tanda sempang sebelum perenggan yang pertama.

Ciri-Ciri:Mempunyai fakta  atau makluman tentang sesuatu kejadian seperti kemalangan,kebakaran dan sebagainya Maklumat dalam berita mestilah dapat jawab soalan dalam rakyat.

Laras Bahasa:Hari,Tempat dan sebagainya .



Wednesday, 14 September 2016

Bahasa Melayu Komunikasi
Latihan 7

1) Andaikan anda seorang pengulas sukan .Buat satu ulasan selari dalam satu pertandingan sukan dengan menggunakan laras  sukan yang sesuai. Persebahkan  ulasan tersebut dengan intonasi yang betul.


"Selamat pagi  kepada semua pemain bola sepak , penyokong dan semua yang hadir.Hari ini permainan bola sepak peringkat daerah tidak lama lagi .Perlawanan  bola sepak  akan bermula tepat pada pukul 8.30 pagi . Dalam perlawanan ini pasukkan rokers akan bertembung dengan pasukan fire.Pasti anda tidak sabar untuk menyaksikan.Itu dia kedua -dua pasukan bergerak ke padang.Juri sedang memutarkan duit syiling dan menentukan  pasukan mana yang akan bermula .Dengan itu pasukkan fire akan bermula .

Pasukkan fire telah mendapat satu peluang yang baik . Pasukkan rokers pula cuba mepertahankan daripada  pasukkan fire. Itu dia pasukkan fire telah menjaring satu gol dengan sedaya upaya.Jadi skor  adalah 1-0.Nampaknya jurulatih pasukkan rokers sedang memberi lebih semangat.Bersambunglah pelawanan rampaknya pasukkan rokers telah menjaring gol  dengan laju sekali. Pasukkan rokers telah menjaring satu lagi gol.Walupun pasukkan fire membpertahankan masih gagal.Jadi skor sekarang adalah 1-2.

Kedua - dua pasukan cuba menjaring gol tetapi gagal . Nampaknya masa berlalu pantas jadi nampaknya pasukkan fire mempunyai peluang yang kurang .Itu dia masa telah tamat.
Pasukkan rokers telah menang dan layak ke perlawanan separuh akhir dengan pasukan sunshine.Jadi skor adalah 1-2 .Sekian pemain dan penyokong  dan lain, saya Derisshmen.Terima Kasih.



2) Huraikan ciri-ciri  penulisan laras bahasa ikhlan. Sertakan beberapa contoh ikhlan yang menggunakn laras bahas bahasa  ikhlan yang menarik.


-Tiada konteks khusus atau melibatkan sebarang bidang ilmu.

-Tiada istilah khusus
-Struktur ayat adalah mudah , ringkas, padat
-Kata pinjaman tidak banyak digunakan.
-Tidak terdapat istilah teknikal.
-Digunakan dalam situasi rasmi sahaja(formal)
-Menggunakan ciri-ciri  bahasa basahan(tidak formal)
Contoh: Hai Amir ! Nak ke pergi mana tu? Tak singgah dulu?


Monday, 15 August 2016

PENULISAN PENANDA WACANA

(-) penyataan
(#) Ayat penuh


-  Kita dapat menyaksikan betapa......
#Kita dapat menyaksikan betapa baik kumpulan ini bermain .

-  Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana...
#Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana mereka berjuang demi negara yang tercinta .

-  Lazimnya, dalam keadaan....
#Lazimnya , dalam keadaan ini kita akan diberi bantuan dengan menghantar bot laju .

-  Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah ....
#Namun demikian , suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah teknologi sains .

-  Pada pandangan saya ....
#Pada pandangan saya menggunakan batu adalah lebih selamat berbanding kayu untuk mebina rumah.
-  Sebagaimana yang kita ketahui ...
#sebagaiamna yang kita ketahui wanita tersebut bermain'Pokemon Go'lalu terjatuh dalam lubang .

-  Sejak awal lagi ...
#Sejak awal lagi saya suka memancing ikan di sungai.

-  Sejak kebelakangan ini ....
#Sejak kebelakangan ini keluarga dia sangat murah hati dan tidak berhati keras seperti sebelum kejadian itu.

-  Selain itu, pada masa ini juga ...
#Selain itu, pada masa kini juga dia berkerja di sebuah restoran untuk mendapat wang yang lebih.

-  Seperti yang telah dinyatakan...
#Seperti yang telah dinyatakan kita akan mencuba menangkap suspek jenayah pada malam ini .

-  Umum mengetahui bahawa...
#Umum mengetahui bahawa penyakit zika tidak berkurang malah meningkat.

-  Bagi sesetengah orang ....
#Bagi sesetengah orang bill GST adalah penting bagi rakyat Malaysia.

-  Begitu juga dengan ..
#Begitu juga dengan saya , saya mula - mula tidak menyedari pembelajaran itu penting.

-  Begitu juga halnya dengan ...
#Begitu juga halnya dengan dia ,dia seorang yang sombong dan tidak suka beraul dengan orang lain.

-  Bukan itu sahaja ...
#Bukan itu sahaja kita perlulah menjaga kebersihan persekitaran untuk mencegah penyakit denggi yang dibawa oleh Nyamuk aedes.

-  Dalam hal ini...
#Dalam hal ini kita perlulah bertindak segera untuk menyekat saluran minyak supaya minyak tidak bocor .

-  Dalam konteks ini...
#Dalam konteks ini kita akan belajar tentang simpulan bahasa dan peribahasa.

-  Dalam zaman yang serba canggih ini...
#Dalam zaman yang seba canggih ini kita perlulah berhati - hati kerana cctv telah dipasang di semua tempat kata perompak tersebut kepada ahli perompaknya.

-  Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa.....
#Teknologi ini sangat penting untuk generasi yang akan datang .

-  Dengan adanya....
#Dengan adanya tuhan kita boleh ke hutan untuk menerokai tumbuh tumbuhan dengan berani.
-  Dengan perkataan lain....

#Dengan perkataan lain  pelajar sekolah memonteng untuk urusan lain-lain.
-  Disebabkan hal itu....
#Disebabkan hal itu saya terpaksa pulang ke rumah untuk menunggu semetara.

-  Disebabkan keistimewaan inilah kita.........
#Disebabkan keistimewaan inilah kita belajar di kojej Permatapintar.

-  Hal ini berlaku disebabkan.....
#Hal ini disebabkan skuad has tidak memeriksa semua tempat dengan betul.

-  Hal ini penting dalam....
#Hal ini penting dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kita perlulah membawa anak muda yang akan datang .

-  Hal ini serupa dengan....
#Hal ini serupa dengan kes kemalangan yang sekeluarga maut dalam perjalanan di karak.

-  Hal ini disebabkan.....
#Hal ini disebabkan oleh kecuaian pemandu yang leka menggunakan telefon bimbit .

-  Hal ini membuktikan bahawa....
#Hal ini membuktikan bahwa  dia merupakan pekerja yang baik dan rajin di pejabat ini .

-  Hal ini menggambarkan bahawa.....
#Hal ini mengambarkan bahawa jalan raya karak lama adalah seram dan berlaku kemalangan kerana penunggu yang ada di situ.

-  Hal ini secara tak langsung akan...
#Hal ini secara tak langsung akan berlaku kerana menteri-menteri ada perjumpaan dengan Perdana Menteri.

-  Hal ini tentu sekali membuatkan....
#Hal ini tentu sekali membuatkan rakyat seram dan mereka tidak akan guna jalan tersebut.

-  Jadi kita perlu.....
#Jadi kita perlu bersatu padu dan menjayakan wawasan 2020.

-  Jadi kita hendaklah......
#Jadi kita hendaklah menghormati orang lainterutamanya orang yang berusia lebih daripada kita.

-  Keadaan ini tentunya.....
#Keadaan ini tentulah menjadi satu situasi yang yang tidak pernah ali rasai.

-  Kesemua ini menyumbang kepada....
#Kesemua ini menyumbang kepada dato'Proffesor James yang bersusah payah membuat kels intensif .

-  kita mengakui bahawa.....
#Kita mengakui bahawa kita yang terpecahkan cermin tingkap bila bermain bola di dalam dewan lapang .

-  Kita sering menonton di kaca telivesyen...
#Kita sering menonton di kaca televisyen jadi kita perlulah praktikan denagn mematuhi setiap hari.

-  Kita sering membaca di dada-dada akhbar....
#Kita sering membaca di dada-dada akhbar bahawa memandu kenderaan laju mengakibatkan kemalangan jalan raya.

-  Memandangkan keadaan yang sedemikian....
#Memandangkan keadaan yang sedemikian kapal terbang mh 23 akan diterbangkan selepas 2 jam kerana cuaca yang teruk.

-  Namun sejak kebelakangan ini....
#Namun sejak kebelakangan ini adam masih belajar rajin.

-  Secara logiknya masa yang.....
#Secara logiknya masa yang akan datang iaitu pada 2020 dikatakan hari khiamat.

-  Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita....
#Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi,kita bersatu walaupun berbeza agama dan budaya .

-  Yang paling nyata ialah...
Yang paling nyata ialah tentang menjaga kesihatan diri baru boleh mencapai impian.

-  Yang perlu kita pastikan ialah...
#Yang perlu kita pastikan ialah kebersihan kerana tiada kebersihan badan kita tidak sihat.

Tuesday, 2 August 2016

   



LAPORAN INTERNATIONAL FUTURE SCIENTIST CONFERENCE 2016
     


     International Future Scientist Conference iaitu IFSC yang ke-4 telah berlangsung pada 26 hingga 28 Julai yang lalu . IFSC berlangsung di auditorium Kolej Permata Pintar. Pelajar Kolej Permata Pintar dan sekolah menengah yang lain juga mengambil bahagian dalam program tersebut . Sebuah sekolah rendah juga mengambil bahagian dalam program tersebut .


    Pada 26 Julai peserta dari luar tiba di Kolej Permata pintar yang terletak di UKM iaitu University Kebangasaan Malaysia.Mereka juga diberikan masa untuk menghias pameran mereka hingga tengahari, manakalah pelajar Kolej Permata pintar telah pun selesai menghias pameran mereka pada hari Isnin. Pada sebelah petang, bermulalah majlis perasmian yang telah dihadiri oleh tetamu-tetamu khas. Ketibaan mereka diiringi dengan paluan kompang daripada pelajar Kolej Permata pintar. Seperti majlis-majlis rasmi yang lain, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Varsiti Kita dan juga bacaan doa. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Prof. Dato’ Dr. Noriah yang mengalu-alukan ketibaan kesemua hadirin. Selepas ucapan, telah ditayangkan sebuah video montaj yang berkisarkan iFSC 2016. Pelajar Seni Persembahan juga turut membuat persembahan khas untuk semua tetamu. Maka dengan persembahan itu, tamatlah majlis perasmian iFSC 2016.

1) Child Safety System2) Hi-Sleep Shock
3) Universal Kool-Heat
4) Gas Volume Indicator
5) The Cytotoxicity Effect of Nephelium Lappaceum Leaves Extract on Human Cancer Cells
6) Waste Not: Used Cooking Oil a Miracle for Sound Absorbent as a Renewable Polymer from Composite
7) Ab-Trap'15
8) Making a Better High-Speed Camera
9) Miracle Under Your Feet
10) Kibo Balls the Salt Water Ball; How to Rescue An Aeroplane-Crashed Survivors
11) My Elaisexmino (MLX) A Solution to Oil Spills
12) Preliminary Evaluation of Durio Zibethinus Husk Extract As Potential Anti-Microbial Agent and Plant Growth Promoter
13) MiMP Detector
14) Hydro Pot 2.0
15) Bioartificial Filter
16) Producing Bioethanol From Oil Palm Leaves By Using Cellulase From Bacteria
17) Sertu Soap
18) From Waste to Wealth: Grange WCO Skin Cream
19) Application of Wind Turbines On Highways to Generate Wind Electricity
20) Application of Effective Microorganism For Sustainable Crop Production
21) Increasing Lipid Yields In Clhorella Vulgaris
22) CaCO Tiles
23) Citrullus Lanatus and Murraya Koenigii As a Solution To Dimishing Pigment of Hair
24) Fybrid
25) The Application of Different Processes In Water Treatment on Water Colour Wastage
26) Smart Rollator
27) Biodegradable Nursery Polybag Made of Ecology Waste
28) Smart Table
29) Reduction of Plastic Waste Using New Fabricated Biodegradable 'Infinity Spoon'
30) Effects of Music on Different Instruments And In Different Tempo to the Mental Concentration of Students
31) Low Cost, Effective and Environmentally Friendly Vermiculture Composting Method
32) Varicella Zoster Herbal Lactis
33) Rhodophyta Eucheuma Cottonii Bio Plastic
34) Study of Commonly Found Herbs in Malaysia And Its Ability of Anti-Mosquito Effect
35) Tapping Gravitational Potential Energy to Generate Electricity-Mini Hydro Electric Generator
36) The Relationship Between Anxiety, Depression and Stress with Academic Stress and Self-Concept Among ASASIpintar Students
37) The Link Between ASASIpintar Students' Resilience with Their Self-Esteem Level And Academic Performance.
38) Individuals with Autism Spectrum Disorder: Their Take on ASD
39) The Efficacy of Trastuzumab as Adjuvant Targeted Therapy In Preventing Cancer Recurrence Among HER-2 Positive Breast Cancer Patients
40) Exploring the Best Approach of Gaba Rice Production from UKM's Rice Varieties
41) The Determination of Sky Brightness at PERMATApintar Observatory
42) Effect of Lonizing Radiation on Plant
43) Forensic Analysis on Lipstick Trace by Using TLC and GC-MS
44) Laparoscopy Training Tools
45) The Effect of Chenodeoxycholic Acid On Efficiency of Dye-Sensitized Solar Cell
46) Metabolite Profiling and Biological Activities of Azadirachta Indica (A. Juss) Leaf Extract
47) Water Harvesting from Air
48) Bio Conversion of Empty Fruit Bunch (EFB) Agro Waste Using Cellulolytic Bacteria Isolated From Termite
49) The Preparation and Characterization of Functional Sago Startch
50) Synergistic Palm-Based Polyurethane System for 2D Decorative Ink
51) Smart Green Anti Corrosion Derived From Imperata Cylindrica In Oil and Gas Pipeline Applications
52) Analysis of Flavonoids in Commercially Available Lignosus Rhinocerus Dried Powder Extract by Reversed-Phase High Performance Liquid Chromatograph (RP-HPLC)
53) The Consequences of Combining Fruit Towards Health
54) The Potential of Lansium Demosticum Leaves to Become The New Addictive Drugs And Its Effects Towards Human Nervous System
55) Absorption and Desorption Studies of CO2 by Cilia Gel Impregnated with Tetradecylamine
56) Smart Green Screen
57) Chicken Skin: Wastes or Resources?
58) Unlocking the Lipid Energy Stored In Plant Cell Walls
59) Replacement of Animal Fat with Red Palm Fat in Beef Burger
60) Genetic Identification of Dried Shark Fins from Sabah Markets
61) The Preliminary Studies of Wound Healing Properties of Impatiens Balsamina
62) Kombucha Skin Patch Hydrogel
63) Creating Pen Drive with Bluetooth Technology
64) From Garbage to Gold: An Alternative to E-Waste Management
65) The Uses of Complementary and Alternative Medicine Among Malaysian
66) The Dangers of Substances of Electronic Cigarettes Among Teenagers in Malaysia
67) Dioscorea Hispida (Ubi Gadong) as a Natural Repellent
68) Effect of 1-Methyl 3-Propylimidazolium Iodine (MPII) On Bio-Based Polyurethane Gel Polymer Electrolyte For Solid-State Dye-Sensitized Solar Cell



   Pada 27 Julai para peserta mula membentang kajian mereka kepada para pengunjung . Pembentangan bermula pada pagi dan dibentang kepada para juri . Peserta - peserta telah membentang pelbagai jenis kajian dan menunjukan prototaip mereka . Juri telah berpuas dengan kajian menarik mereka . Antaranya ialah tajuk - tajuk kajian peserta.
    
      Pada petang itu pula Prof. Dr .Sahidan Radiman telah menjalankan suatu bengkel bertajuk 'My Ramblings through Science:  from Nanomaterials to Nuclear Structures to Cosmology and Blackhole physics '. Beliau memulakan bengkelnya pada pukul 2.30 petang  hingga 4.30 petang . Begkel dijalankan selama 2 jam . Pada pukul 4.45 semua peserta balik dan di situ akhir hari kedua IFSC.

     Pada 28 Julai iaitu hari ketiga IFSC dimulakan dengan satu lagi begkel yang dibawakan oleh seorang professor wanita dari Universiti Putra Malaysia .Bengkel beliau bermula pada jam 9.30 pagi . Beliau memberi ucapan selama 1jam 30 minit lebih .Lebih kurang pada pukul 11.15 pagi beliau mengakhiri bengkelnya.

    Kemudian Pada pukul 11.20 pagi acara penutupan  IFSC ke-4 bagi 2016 berlangsung.Naib chanselor UKM juga menghadiri ke majilis penutup. Setelah memberi sedikat ucapan kami ditayangkan video yang dirakam program IFSC .Video tersebut menarik . Kemudian para peserta International Future Scientist Conference tela diberi sijil dan hadiah .Di sutu akhirlah IFSC yang ke-4. 

   Bagi semua peserta telah disediakan makan tengah hari .Setelah makan tengah hari peserta dari sekolah-sekolah lain telah pulang .

              
                                                                                               Disediakan oleh,
                                                                                              ( R.Derisshmen)